Rancang Perjalanan Elak Kesesakan Lalu Lintas

Diterbitkan: Jumaat, 2 September 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pengguna Lebuh Raya Utara Selatan (Plus) dinasihatkan memulakan perjalanan selepas jam 6 petang Jumaat bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas berikutan peningkatan jumlah trafik di lebuh raya itu.

Twitter PLUS pada petang ini melaporkan kenderaan semakin bertambah menyebabkan trafik bergerak perlahan di Km 226 hingga Km 230.5 arah Selatan dari Changkat Jering ke Kuala Kangsar, Perak.

Sementara laluan dari Plaza Tol Juru menuju ke arah Kuala Lumpur juga sesak, serta dari Yong Peng menuju ke Pagoh, Johor berikutan satu kemalangan di Km 101.9 arah utara.

Sementara itu, petugas Pusat Kawalan Plus, trafik berkata jumlah trafik di lebuh raya itu juga bertambah dari R&R Seremban menuju ke Nilai dan di R&R Sungai Perak menuju ke Terowong Menora, Perak.

"Bagaimanapun, trafik masih bergerak lancar di Plaza Tol utama iaitu Plaza Tol Sungai Besi dan Plaza Tol Jalan Duta," katanya kepada Bernama di sini, Jumaat.

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Kolumnis

iklan

Iklan