Penantian 11 Tahun Berakhir Dengan Kelahiran Kembar

Diterbitkan: Jumaat, 2 September 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Bagi Faizul Harris Mohamad Kamal dan isteri, Norzainab Paee, kedua-duanya 38 tahun, sambutan Aidilfitri dan Hari Kemerdekaan ke-54 tahun ini memberi kebahagian berganda kepada pasangan ini kerana mereka dikurniakan sepasang kembar perempuan.

Norzainab menangis kegembiraan sebaik beliau memangku Kayla Fara dan Kaysha Zara, anak pertama pasangan itu selepas 11 tahun mendirikan rumahtangga, di Pusat Perubatan Tropicana di sini Khamis. "Ia adalah perayaan tiga kali ganda bagi keluarga saya, kerana kelahirannya pada Hari Merdeka menandakan berakhirnya penantian kami selama 11 tahun. Mereka adalah anugerah kami, hadiah daripada Allah," kata Faizul kepada Bernama dalam nada emosi.

Norzainab yang berasal dari Kuching berkata beliau tidak menghadapi masalah ketika mengandung, membolehkan beliau menjalani ibadah puasa secara penuh.

Kedua-dua bayi kembar itu yang seberat 2.35kg dan 1.59kg, dilahirkan melalui kaedah persenyawaan in vitro (IVF).

Pusat perubatan itu menyambut bayi Hari Merdeka pertama seorang bayi lelaki seberat 3.9kg, pada 10.30 pagi Rabu.

"Dia adalah anak pertama kami dan kami akan menamakannya Nicholas Yeow Tze E.," kata Agnes Yap Voon Kean, 34, dengan penuh bangga.

Yap, seorang usahawan dari Perlis, berkata beliau dijangka melahirkan anak pada 28 Ogos tetapi tidak menyangka bayinya lahir tiga hari kemudian.

"Ia memberikan Nicholas sebab untuk meraikan hari lahirnya, yang juga merupakan Hari Kemerdekaan Malaysia, hari cuti umum untuk bergembira," katanya berjenaka.

Turut berkongsi kegembiraan, pelakon dan pengarah Aziz M. Osman, 48, dan isteri, Puteri Salbainun Lokman, 22, yang menyambut kelahiran Puteri Nur Azahra di Pusat Perubatan Pantai.

"Ini adalah bayi sempena Merdeka dan Raya yang mempunyai semangat 1Malaysia," kata Aziz tentang bayi perempuannya, seberat 3.74kg yang lahir pada 11.17 malam. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan