Lebih 23,000 Daftar Untuk Aplikasi "My Distress"

Diterbitkan: Jumaat, 2 September 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Sebanyak 23,857 orang berdaftar dengan aplikasi isyarat jenayah di telefon pintar "My Distress" yang dilancarkan Polis Selangor bagi membolehkan orang ramai mendapatkan bantuan polis dengan segera di waktu kecemasan.

Bagaimanapun, dua daripada mereka didapati tidak faham atau cuba menyalahguna aplikasi itu.

Ketua Polis Selangor Datuk Tun Hisan Tun Hamzah berkata polis yang tiba selepas isyarat kecemasan dihantar mendapati dua individu itu mendakwa tidak tahu bagaimana mematikan sistem atau tersalah tekan.

"Polis kita memang cepat tiba di lokasi apabila isyarat kecemasan dihantar. Tapi janganlah salah guna, dan kita memberi amaran kepada mereka," katanya pada satu persidangan akhbar di sini Jumaat.

"Saya yakin orang yang guna pakai aplikasi ini dari kalangan terpelajar, kami tidak mahu dakwa sesiapa setakat ini. Sistem itu diketengahkan khusus untuk menyelamatkan orang ramai dan tangkap penjenayah," tambahnya.

Melalui aplikasi "My Distress", orang ramai boleh menghantar isyarat kecemasan dengan menekan ikon pada telefon pintar, dan isyarat itu dihantar terus ke bilik gerakan di Ibu Pejabat Polis Selangor serta lapan balai polis daerah di negeri itu.

Kemudahan itu dilengkapi Sistem Pengesanan Global (GPS) yang membantu polis mengesan individu yang menghantar isyarat. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Kolumnis

iklan

Iklan