Ismail Adam Kini Pengerusi Bukan Eksekutif Baru Prasarana

Diterbitkan: Jumaat, 2 September 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Bekas Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam Tan Sri Ismail Adam dilantik menjadi Pengerusi Bukan Eksekutif Syarikat Prasarana Negara Bhd (Prasarana), mengambil alih jawatan daripada Tan Sri Izzuddin Dali yang bersara.

Menurut satu kenyataan Prasarana pada Jumaat pelantikan itu berkuat kuasa semalam.

Mengulas pelantikannya, Ismail, 61, berkata: "Saya mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) atas keyakinannya terhadap saya dan memberikan peluang kepada saya untuk menyumbang ke arah meningkatkan sistem pengangkutan awam negara."

Beliau berkata pengangkutan awam telah dikenal pasti sebagai satu bidang utama pembangunan oleh kerajaan.

"Secara peribadi, saya sangat kagum dengan usaha-usaha Prasarana untuk mentransformasikan sistem pengangkutan awam terutamanya di Lembah Klang dan Pulau Pinang," katanya.

Ismail ialah penasihat Hay Group Sdn Bhd, dan menjadi Pengarah Bukan Eksekutif Bank Islam Holdings Bhd serta menjadi anggota Dewan Diraja Selangor.

Ismail bersara daripada perkhidmatan awam dengan jawatan terakhir sebagai Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam pada 2010, sejak menjawatnya dari 16 Jun 2005.

Sepanjang 38 tahun perkhidmatan awamnya, beliau memegang pelbagai jawatan termasuk Ketua Pegawai Pentabiran Jabatan Statistik, Ketua Pengarah Perbadanan Produktiviti Negara dan Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan