Demam Denggi Turun 63 Kes Berbanding 365 Kes Sebelumnya

Diterbitkan: Jumaat, 2 September 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Sebanyak 302 kes demam denggi dengan satu kematian dilaporkan bagi tempoh 21 sehingga 27 Ogos lepas berbanding 365 kes tanpa kematian pada minggu sebelumnya.

Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia Datuk Dr Hasan Abdul Rahman berkata ke demam denggi pada minggu ke-34 menurun 63 kes atau 17 peratus, namun terdapat tiga buah negeri yang menunjukkan peningkatan.

"Berbanding minggu lepas, Negeri Sembilan mencatat peningkatan tujuh kes, Sarawak lima kes dan Perlis menunjukkan peningkatan sebanyak dua kes," katanya dalam satu kenyataan, Jumaat.

Dr Hasan berkata terdapat satu kematian demam denggi dilaporkan di Negeri Sembilan melibatkan seorang wanita berusia 26 tahun yang bekerja sebagai penoreh getah.

"Beliau mula demam pada 7 Ogos dan mendapat rawatan di klinik swasta tetapi telah dihantar ke Unit Kecemasan Hospital Jempol pada 9 Ogos dan mendapati masih tidak pulih," katanya.

Beliau berkata wanita itu dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi pada 11 Ogos dan meninggal dunia akibat 'Dengue Shock Syndrome' pada 21 Ogos lalu.

"Terdapat pembiakan nyamuk aedes di kawasan kediaman pesakit dan pihak kami telah menjalankan aktiviti kawalan seperti semburan kabus di semua kediaman sekitar tempat tinggal pesakit," katanya.

Bermula Januari sehingga 27 Ogos lepas, 13,402 kes demam denggi dengan 22 kematian dilaporkan berbanding 32,688 kes dan 103 kematian bagi tempoh sama tahun lepas.

Kes demam denggi, yang dipantau di seluruh negara, mendapati terdapat 63 lokaliti disyaki terlibat berbanding 58 lokaliti pada minggu sebelumnya.

"Dua lokaliti dikenal pasti yang melibatkan 36 kes Demam Denggi iaitu Taman Melati Utama (Platinum Hill), Setapak, Kuala Lumpur serta Seksyen 4 (Teres) daerah Petaling, Selangor. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan