Azizan Bertegas Mampu Teruskan Tugas Menteri Besar

Diterbitkan: Jumaat, 2 September 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak pada Jumaat menegaskan bahawa kesihatan beliau berada dalam keadaan baik dan mampu menjalankan tanggungjawabnya mengurus pentadbiran negeri dengan sempurna.

"Nak ada pemangku buat apa? Ni dah keluar (hospital) dan semua sihat dah," kata beliau mengulas laporan akhbar hari ini yang menyatakan kepimpinan PAS sedang mengambil tindakan untuk menggantikannya disebabkan keadaan kesihatan Azizan yang kurang baik selepas diserang sakit jantung Julai lalu.

Menurut laporan itu, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dikatakan akan menghadap Sultan Kedah berhubung peralihan kepimpinan kerajaan negeri itu.

Azizan berkata, sekiranya kepimpinan PAS ingin berbuat demikian ia seharusnya dilakukan sewaktu beliau mula-mula jatuh sakit dahulu dan dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN), bukannya sekarang.

Menteri Besar itu berkata, beliau bagaimanapun akur sekiranya kepimpinan PAS membuat keputusan untuk menggantikannya.

"Saya tak minta jadi Menteri Besar, depa yang suruh... kalau depa suruh berhenti, esok pun tak pa," katanya ketika ditemui semasa menziarahi keluarga Pegawai Daerah Kota Setar Datuk Abdul Rahman Ahmad, yang meninggal dunia pada Khamis, di sini. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan