AIM Peruntuk RM1.5 Bilion Pinjaman Kepada Golongan Miskin

Diterbitkan: Jumaat, 2 September 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

TEMERLOH: Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) memperuntukkan RM1.5 bilion bagi pinjaman kepada golongan miskin menjalankan perniagaan pada tahun ini, kata Pengerusinya, Datuk Amihamzah Ahmad.

Beliau berkata, jumlah itu meningkat berbanding peruntukan RM800 juta yang memberi manfaat kepada lebih 100,000 peminjam pada tahun lepas.

Katanya, pinjaman serendah RM2,000 sehingga maksimum RM50,000 itu diberikan terutama kepada mereka yang berpendapatan RM720 ke bawah sebulan tanpa mengira kaum.

"Pinjaman mudah tanpa cagaran ini bertujuan mengurangkan kadar kemiskinan tegar dan miskin di kalangan rakyat terutamanya penduduk di kawasan luar bandar dan pedalaman," katanya kepada Bernama di sini, Jumaat.

Amihamzah berkata, sejak ditubuhkan pada 1987, AIM telah mengeluarkan pinjaman berjumlah lebih RM5 bilion kepada 257,000 peminjam di seluruh negara.

Katanya, 99.8 peratus daripada peminjam terbabit berjaya melunaskan bayaran masing-masing mengikut jadual. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan