Sultan Pahang Pulih Daripada Demam

Diterbitkan: Khamis, 1 September 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUANTAN: Keadaan Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah yang gering akibat mengalami demam telah kembali pulih.

Tengku Mahkota Pahang Tengku Abdullah bertitah ayahandanya mengalami demam pada Hari Raya pertama menyebabkan Sultan Ahmad Shah tidak dapat bersama rakyat menyambut Aidilfitri.

Bagaimanapun, Tengku Abdullah bertitah ayahandanya kini telah sembuh namun masih perlu berehat.

Baginda bertitah demikian kepada pemberita selepas melawat mangsa kebakaran dalam tragedi yang memusnahkan enam buah rumah era lombong bijih timah di Kampung Baru Seberang, Sungai Lembing dekat sini, Selasa lepas.

Turut hadir Tengku Puan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Sultan Iskandar dan Anggota Parlimen Paya Besar Datuk Abdul Manan Ismail.

Tengku Abdullah yang melahirkan rasa simpati terhadap mangsa kejadian itu mengumumkan bantuan berjumlah RM100,000 melalui peruntukan Parlimen Paya Besar untuk membina semula enam rumah yang musnah selain baginda turut menyampaikan sumbangan peribadi kepada mangsa.

Sementara itu, baginda turut menyarankan supaya Jabatan Bomba Dan Penyelamat dapat menubuhkan satu unit bomba tetap berbanding bomba sukarela sedia ada untuk beroperasi di sekitar Sungai Lembing.

Dalam kejadian pada 5.45 petang Selasa lepas, enam keluarga tinggal sehelai sepinggang selepas rumah mereka yang dibina syarikat perlombongan lebih 50 tahun lepas musnah dalam kebakaran tersebut. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan