Penyerahan Kemudahan Loji Rawatan Air Peristiwa Bersejarah - Muhyiddin

Diterbitkan: Khamis, 1 September 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PAGOH: Penyerahan empat kemudahan loji rawatan air oleh Lembaga Perbekalan Awan Singapura (PUB) kepada kerajaan Johor, Rabu, merupakan satu sejarah yang bermakna ketika negara menyambut Hari Kemerdekaan ke 54, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

"Ini peristiwa bersejarah setelah sekian lama kita bantu Singapura. Kita harap ini suatu manifestasi hubungan istimewa Singapura-Johor yang sudah lama berlaku," katanya kepada pemberita semasa rumah terbuka Aidilfitri beliau di Kompleks Seri Pekembar, di sini Rabu.

Selain Loji Air Gunung Pulai, PUB menyerahkan Loji Air Skudai, Rumah Pam Tebrau dan Rumah Pam Pontian berikutan kontrak bekalan air selama 50 tahun tamat antara PUB dan kerajaan negeri Johor di bawah Perjanjian Air 1961, Rabu.

Muhyiddin percaya setelah penyerahan balik kemudahan air itu kerajaan negeri akan menguruskannya dengan sebaiknya bagi membekalkan air kepada penduduk di negeri ini.

Majlis penyerahan kemudahan tersebut secara rasmi itu disaksikan oleh Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar di Loji Air Gunung Pulai.

Majlis menandatangani penyerahan dua loji rawatan air dan dua rumah pam milik PUB disempurnakan secara bersama oleh Pengerusi PUB Tan Gee Paw dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Obet Tawil.

Turut hadir pada majlis bersejarah itu ialah Menteri Besar Johor Datuk Abdul Ghani Othman dan Menteri Sekitaran dan Sumber Air Singapura, Dr Vivian Balakrishnan. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan