'Pekan Heritage' Tarikan Baru Di Pekan

Diterbitkan: Khamis, 1 September 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PEKAN: Pembinaan "Pekan Heritage" di sepanjang jalan berhadapan Muzium Sultan Abu Bakar di sini dilihat bakal menjadi tarikan baru di Pekan.

Projek fasa pertama di bawah program pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) itu bakal mengubah lanskap bandar Pekan dan dilihat mampu melonjakkan Bandar Diraja ini dalam industri pelancongan.

"Kerja sedang giat dilakukan di sepanjang jalan berkenaan. Terdapat bangunan-bangunan lama dan muzium yang akan dipulihara selain pembinaan tebingan sungai dan lanskap di sepanjang Sungai Pahang," kata pengurus projek Mohd Suffian Mansor.

Fasa pertama projek itu akan melibatkan pembangunan kemudahan asas untuk orang ramai, kawasan reakrasi dan gerai perniagaan.

Projek pembinaan yang bermula Oktober lepas dijangka siap tujuh bulan lagi.

Projek pembinaan "Pekan Heritage" itu melibatkan kos RM11.3 juta. - BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan