MIC Kurangkan Tempoh Hukuman Terhadap Dua Pemimpin Parti

Diterbitkan: Khamis, 1 September 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kepimpinan pusat MIC telah memendekkan tempoh hukuman yang dikenakan terhadap dua pemimpin atas kesalahan melanggar disiplin parti itu.

Parti itu telah mengurangkan tempoh penggantungan setiausaha Pemuda MIC C.Sivarraajh selama 12 bulan kepada empat bulan dan mengambil semula bekas pengerusi MIC bahagian Bagan, Datuk Hendry Benedict yang dipecat sebelum ini.

Sebaliknya, Hendry digantung selama empat bulan.

Kedua-dua hukuman penggantungan itu akan tamat pada 31 Disember ini, kata Setiausaha Agung parti itu, S. Murugesan ketika dihubungi Bernama, Rabu.

"CWC (Jawatankuasa Kerja Pusat) yang bermesyuarat Ahad lalu, telah meneliti dua kes tersebut dan mengambil keputusan untuk menyemak semula keputusan Jawatankuasa Disiplin," katanya.

Hendry dipecat kerana mempersoalkan tindakan presiden parti Datuk G. Palanivel mengambil semula beberapa pemimpin yang telah dipecat dan penubuhan beberapa cawangan baru.

Awal bulan ini, Sivarraajh digantung oleh Jawatankuasa Disiplin MIC kerana mengkritik keputusan kepimpinan parti itu menerima beberapa anggotanya yang dipecat pada April tahun lepas.

Sivarraajh dilaporkan mengemukakan aduan kepada Pendaftar Pertubuhan selepas CWC mengambil keputusan menerima semula tiga pemimpin berkenaan - bekas timbalan ketua pemuda V. Mugilan dan dua bekas anggota CWC K.P Samy dan G.Kumar Amaan.

Murugesan juga berkata CWC juga memutuskan untuk menyemak semula tindakan Jawatankuasa Disiplin sebelum ini terhadap lapan lagi kes, kebanyakan membabitkan bekas ahli kanan parti yang dipecat atau keahlian mereka tidak diperbaharui.

"CWC telah memutuskan supaya menerima mereka semula sebagai ahli baru," katanya.

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan