Rumah Terbuka Aidilfitri Di Pulau Pinang Tiada Motif Politik - Rais

Diterbitkan: Rabu, 31 Ogos 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Rumah Terbuka Malaysia Aidilfitri 2011 yang akan diadakan di Pulau Pinang pada 11 September ini tidak mempunyai sebarang motif politik, kata Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim.

Beliau berkata program adalah landasan untuk menyatukan rakyat Malaysia serta menghargai gagasan 1Malaysia.

"Perayaan ini akan kita tunjukkan sebagai penaut kepada jurang dan kita tidak akan mengadakan ini untuk tujuan siasah politik," katanya kepada pemberita ketika ditemui pada Majlis Rumah Terbuka Perdana Menteri di Seri Perdana di sini.

Beliau berkata Pulau Pinang dipilih sebagai tuan rumah kerana negeri itu belum pernah menganjurkan sambutan seperti itu secara besar-besaran berbanding negeri-negeri jiran seperti Kedah, Perlis dan Perak.

Katanya, semua pihak dijemput hadir bagi memeriahkan majlis itu yang akan dihadiri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan dijangka menarik tidak kurang 20,000 pengunjung.

Mengenai majlis rumah terbuka di Seri Perdana, Selasa, beliau berkata kehadiran orang ramai yang tidak putus-putus sejak pukul 11 pagi menunjukkan sokongan mereka terhadap Perdana Menteri.

Selain itu, kehadiran pelbagai lapisan masyarakat termasuk pemimpin parti pembangkang jelas menunjukkan penonjolan budaya bermuhibah semasa sambutan Hari Raya dan sambutan kemerdekaan ke-54 tanpa mengira ideologi politik. - BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan