Pengerusi Yayasan Karyawan Dr Hassan Ahmad Meninggal Dunia

Diterbitkan: Rabu, 31 Ogos 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pengerusi Yayasan Karyawan dan bekas Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Datuk Dr Hassan Ahmad meninggal dunia pada pukul 2 petang Rabu di kediamannya di Petaling Jaya.

Anak keduanya, Hasmirawati, 33, berkata bapanya meninggal dunia sebelum sempat dibawa ke hospital berhampiran selepas mengadu sakit perut sejak awal pagi Rabu.

Dr Hassan, 74, meninggalkan seorang balu Datin Hamimi Mohamad Shariff, 68, dan dua anak perempuan.

Jenazah Allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Kota Damansara, dekat sini, pagi Khamis sebelum Zohor. - BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan