Pelancong Hampa Tiada Sambutan Kemerdekaan

Diterbitkan: Rabu, 31 Ogos 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Meskipun mengetahui sambutan rasmi kemerdekaan Malaysia tahun ini akan diadakan pada 16 September serentak dengan Hari Malaysia, rata-rata pelancong asing yang ditemui tetap berasa hampa.

Masing-masing yang ditemui Bernama di sekitar ibu kota hari ini mengharapkan satu acara istimewa diadakan kerana sambutan kemerdekaan kali ini serentak dengan Aidilfitri.

"Saya sangat kecewa sebab tiada pertunjukan bunga api seperti selalu ketika tengah malam tadi. Saya memang tertunggu-tunggu dan sanggup menyewa hotel yang terletak berhadapan dengan KLCC," kata seorang pelancong Arab Saudi, Majeed Al Eisa.

Beliau yang ditemui di Bukit Bintang bagaimanapun mengakui tahu sambutan itu akan diadakan pada 16 September.

"Saya juga terfikir untuk melanjutkan tempoh percutian saya di sini kerana saya diberitahu seorang teman bahawa sambutan itu akan diadakan pada 16 September nanti serentak dengan Hari Malaysia," katanya.

Elisa Tan dari Singapura pula berkata beliau mengharapkan sambutan meriah berlangsung Rabu.

"Ingatkan sambutan hari ini lebih meriah daripada sebelumnya rupa-rupanya tiada, tapi saya dapat lihat masih ada bendera yang dipasang di merata tempat seperti di Dataran Merdeka.

"Saya rasa kalau dibuat tiga sambutan perayaan (hari raya, hari kemerdekaan dan Hari Malaysia) sekali gus mesti lebih meriah, menarik dan luar biasa," katanya ketika ditemui di KLCC.

Pelancong Australia, Janet Kent yang mengakui tahu mengenai sambutan berkembar pada 16 September ini turut meluahkan rasa hampa kerana tidak dapat menyaksikan sebarang sambutan kemerdekaan hari ini.

"Lebih bagus kalau ada pertunjukan tarian atau persembahan di jalan-jalan, sekurang-kurangnya pelancong seperti kami masih boleh melihat sendiri cara dan budaya rakyat negara ini dengan lebih dekat," kata wanita dari Melbourne itu.

Sementara itu, tinjauan pada kalangan rakyat tempatan mendapati ramai tidak mengetahui makna sambutan Hari Malaysia pada 16 Sept ini.

"Hari Malaysia? Apa tu?", tanya seorang daripada mereka ketika dihampiri wartawan Bernama.

Malah ada yang bertanya kepada wartawan ini mengapa tidak ada sambutan kemerdekaan hari ini.

Ironinya, rata-rata mereka ini adalah golongan pelajar yang mengambil kesempatan cuti umum bersiar-siar dengan keluarga dan rakan-rakan di sekitar ibu kota.

Dalam pada itu masih ada seorang dua yang tahu 16 September merupakan tarikh penubuhan persekutuan Malaysia menerusi gabungan Malaya, Borneo Utara (kini Sabah), Sarawak dan Singapura.

Mohd Saidi Amir, 33, misalnya mengharapkan sambutan kemerdekaan yang ditunda ke 16 September nanti akan lebih bermakna dan memberikan satu pengalaman berharga kepada rakyat Malaysia.

"Apabila dua hari penting Malaysia disambut serentak, saya yakin ia akan memberi impak yang lebih besar kepada rakyat Malaysia.

"Mana tahu dengan dua sambutan ini ia mampu meningkatkan semangat patriotik rakyat Malaysia tanpa mengira sempadan antara Semenanjung dan Sabah serta Sarawak," katanya ketika ditemui di KLCC.

Seorang ahli perniagaan, Mohd Zain Kassim, 43, berkata ini merupakan satu pembaharuan dalam menyambut hari kemerdekaan negara. "Sebelum ini rakyat Malaysia sedia maklum hari kemerdekaan disambut pada 31 Ogos tapi pada tahun ini 16 Sept menjadi tarikh paling bersejarah kepada semua warga Malaysia," katanya ketika ditemui di Dataran Merdeka.

Dalam pada itu, pelajar Politeknik Kota Baharu, Farish Syafiq, 18 berkata semangat untuk menyambut Hari Merdeka tahun ini tidak seperti tahun sebelumnya.

"Dulu meriah sebab awal-awal lagi semangat Hari Merdeka boleh dilihat bila orang gantung bendera sana-sini, tapi tahun ini orang sibuk dengan persiapan Hari Raya," katanya yang tidak tahu sambutan kemerdekaan diadakan serentak dengan Hari Malaysia pada 16 September ini. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan