Najib Mahu Pelajar Malaysia Di Luar Negara Cemerlang Dalam Pendidikan

Diterbitkan: Rabu, 31 Ogos 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor menasihatkan semula semua penuntut Malaysia di luar negara supaya sentiasa cemerlang dalam menimba ilmu dan kembali ke tanahair untuk berkhidmat kepada negara.

Perdana Menteri berkata negara amat memerlukan modal insan yang berguna dalam proses transformasi ke arah menjadikan Malaysia sebuah ekonomi berpendapatan tinggi dan maju.

Najib berkata, dalam menuju ke arah itu, negara memerlukan rakyat Malaysia yang berkelayakan, berpengalaman di samping memiliki etika kerja yang baik serta nilai dan sikap yang cemerlang.

"Kita memerlukan sumbangan mereka. Sebab itu kita hantar pelajar ke luar negara untuk menimba ilmu. Walaupun ia melibatkan kos yang besar namun mereka adalah pelaburan untuk negara.

"Jadi gunakan peluang keemasan ini untuk menimba ilmu sebanyak mungkin," katanya semasa berbual serentak dengan penuntut-penuntut Malaysia di enam negara berasingan melalui sesi 'tele-conferencing' di kediaman rasminya, Seri Perdana, Selasa. Sesi 'tele-conferencing' dengan penuntut-penuntut Malaysia di Islamabad (Pakistan), Jeddah (Arab Saudi), Rabat (Maghribi), London (England) dan Washington DC (Amerika Syarikat) itu diadakan sempena sambutan Aidilfitri dan Hari Kemerdekaan ke-54 bersama Perdana Menteri dan isteri.

Dalam sesi selama sejam itu, Najib turut meminta penuntut Malaysia supaya meluaskan skop komunikasi dengan masyarakat tempatan dan pelajar dari negara lain serta tidak berkolompok dengan pelajar Malaysia.

Katanya, ia membantu pelajar Malaysia mendapat pelbagai ilmu dan pengalaman yang amat berguna untuk membina perwatakan dan keperibadian yang baik.

Beliau juga bangga dengan semangat kenegaraan warga Malaysia, khususnya pelajar dan profesional yang sedang menuntut atau bekerja di luar negara, dalam sambutan Hari Kemerdekaan.

Pada sidang itu juga, semua ketua perwakilan serta pelajar yang berpeluang menyertainya melahirkan rasa bertuah kerana dapat berbual dengan Perdana Menteri dan isterinya.

Antara mereka yang hadir semasa sesi tersebut ialah Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin dan Duta Besar Malaysia ke Amerika Syarikat, Datuk Seri Dr Jamaludin Jarjis. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 18 Ogos 2017 8:00 AM

#akuStar: Slash - Melodi Kasih

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Kolumnis

iklan

Iklan