Lebih 100,000 Orang Serikan Rumah Terbuka PM Dan Jemaah Menteri

Diterbitkan: Rabu, 31 Ogos 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Lebih 100,000 orang menyerikan sambutan Rumah Terbuka Perdana Menteri dan Jemaah Menteri di Seri Perdana sempena sambutan Aidilfitri, Selasa.

Mereka yang hadir terdiri daripada diplomat asing, pemimpin parti-parti politik, pelancong asing dan warga tempatan yang disajikan dengan pelbagai juadah serta dihiburkan dengan pelbagai persembahan yang melambangkan semangat 1Malaysia.

Majlis yang berlangsung di kediaman rasmi Perdana Menteri itu bermula pada pukul 12 tengahari dan berakhir pada pukul 6 petang. Orang ramai mula membanjiri pekarangan Seri Perdana sejak pukul 11 pagi untuk sama-sama memeriahkan sambutan Aidilfitri bersama pemimpin negara.

Cuaca mendung pada sebelah pagi tidak sedikit pun menjejaskan perjalanan majlis mahupun kunjungan orang ramai yang berbaris panjang untuk menyampaikan ucapan Selamat Hari Raya kepada Najib dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor, serta barisan kabinet negara.

Turut hadir ialah Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri Puan Sri Noorainee Abdul Rahman.

Antara orang kenamaan yang menyerikan majlis sambutan ini ialah bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan isteri Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali serta bekas Timbalan Perdana Menteri Tun Musa Hitam.

Rosmah turut menyerikan majlis apabila menyanyikan beberapa lagu untuk tetamu khas pada majlis itu.

Beberapa artis tempatan turut serta dalam majlis itu antaranya Dafi, Nubhan dan Aisyah.

Antara juadah yang disajikan termasuklah makanan tradisional masyarakat Melayu, Cina, India dan pelbagai kumpulan etnik yang lain. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan