Dr Mahathir Bimbang Segelintir Pihak Cuba Pesongkan Fakta Sejarah

Diterbitkan: Rabu, 31 Ogos 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bimbang dengan segelintir pihak yang cuba memesongkan fakta sejarah dengan memburuk-burukkan pemimpin yang telah berjuang untuk mencapai kemerdekaan.

"Terdapat satu trend sekarang ini memburuk-burukkan imej pemimpin yang telah berusaha untuk berjuang demi kemerdekaan negara.

"Saya khuatir trend ini berjalan begitu lancar dan apa yang dikatakan oleh Mat Sabu adalah sebahagian daripada usaha memburukkan pemimpin lama mungkin kerana kaitan mereka dengan UMNO," katanya ketika ditemui pada Rumah Terbuka Perdana Menteri dan Jemaah Menteri di Seri Perdana di sini Selasa.

Beliau berkata kerajaan harus memberi penerangan yang jelas tentang perjuangan pemimpin-pemimpin terdahulu dan tidak ada alasan yang mengatakan bahawa komunis yang memperjuangkan kemerdekaan negara.

"Komunis itu bukan berjuang untuk kemerdekaan, yang berjuang untuk kemerdekaan ialah Tunku Abdul Rahman, Tun Abdul Razak dan lain-lain yang betul-betul berjuang supaya kita bebas daripada cengkaman penjajah.

"Dan hari ini kita hidup bahagia kerana perjuangan mereka dan tidak harus sesiapa memburukkan pemimpin lama kerana mereka yang memberikan nikmat kepada kita," katanya.

Sementara itu, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein terkilan dengan kenyataan pemimpin tertinggi PAS itu yang menyentuh mengenai datuk beliau, Datuk Onn Jaafar yang merupakan pejuang kemerdekaan pada ketika itu.

Beliau berkata tindakan memesongkan sejarah ini merupakan politik cetek dan pembangkang cuba melakukan provokasi dalam politik.

Mengenai cadangan untuk meletakkan Mohamad Sabu di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), Hishammuddin berkata Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Khalid Abu Bakar telah pun menyatakan undang-undang yang akan dikenakan terhadap Timbalan Presiden PAS itu, bergantung kepada siasatan. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Ayda Jebat Kecewa Mainan Politik

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Kolumnis

iklan

Iklan