Ribuan Banjiri Rumah Terbuka PM Dan Jemaah Menteri Di Seri Perdana

Diterbitkan: Selasa, 30 Ogos 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Ribuan rakyat berbilang kaum mula mengunjungi Rumah Terbuka Perdana Menteri dan Jemaah Menteri di Seri Perdana di sini yang bermula tengah hari Selasa.

Orang ramai mula membanjiri pekarangan Seri Perdana, kediaman rasmi Perdana Menteri, sejak pukul 11 pagi untuk sama-sama memeriahkan sambutan Aidilfitri bersama pemimpin negara.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang berbaju Melayu warna merah lembayung bersama isterinya Datin Seri Rosmah Mansor, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri Puan Sri Noorainee Abdul Rahman serta barisan menteri Kabinet mula menerima tetamu pada 12 tengah hari.

Cuaca panas terik tidak melunturkan semangat orang ramai yang berbaris untuk bersalaman dengan Perdana Menteri dan para kenamaan.

Antara yang hadir ialah pemimpin komponen Barisan Nasional, pemimpin parti-parti politik, duta asing dan ahli korporat.

Rumah terbuka itu dijadual berlangsung sehingga 6 petang. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan