Polis Siasat Kenyataan Mat Sabu Di Bawah Seksyen 505

Diterbitkan: Selasa, 30 Ogos 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar pada Isnin berkata, kertas siasatan telah dibuka berhubung dakwaan kenyataan Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu, yang dikatakan menghina pasukan polis baru-baru ini.

Katanya, kertas siasatan itu telah dibuka di bawah Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan iaitu kesalahan yang melibatkan kenyataan-kenyataan yang mendatangkan khianat awam.

"Kenyataan itu menggemparkan masyarakat. Kita telah menerima sebanyak 49 laporan polis setakat ini dan ini akan disiasat secara menyeluruh.

"Ia telah menyakitkan hati ahli-ahli pasukan keselamatan negara dan juga ahli keluarga mereka yang terkorban semasa tragedi Bukit Kepong," katanya kepada pemberita selepas melawat Kanopi Ops Sikap di Jalan Sungai Buloh menghala Kuala Selangor di sini Isnin.

"Saya rasa dia kurang buka buku sejarah atau bertanya pada mereka yang tahu mengenai sejarah tragedi itu. Dia patut pergi melawat kawasan itu dan tengok dengan mata dan kepalanya sendiri," katanya.

Mohamad Sabu, atau lebih dikenali sebagai 'Mat Sabu' dalam ceramahnya di Tasek Gelugor, Pulau Pinang pada 21 Ogos lepas, dilaporkan berkata, pengganas komunis yang membunuh dengan kejam anggota keselamatan dan keluarga mereka dalam tragedi Bukit Kepong adalah hero sebenar dalam perjuangan kemerdekaan negara.

Dalam pada itu, Mohamad Sabu dipetik sebagai berkata beliau sedang mencari rakaman ceramah itu sebelum mengambil tindakan selanjutnya.

"Saya tidak ingat adakah saya kata begitu. Saya sedang cari rakaman itu balik," beliau dipetik sebagai berkata dalam lidah rasmi PAS, kelmarin.

Sementara itu, dua laporan polis dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang yang mengutuk sekeras-kerasnya kenyataan Mat Sabu tersebut.

Laporan polis berasingan itu dibuat oleh Ketua UMNO Bahagian Ampang, Datuk Ismail Kijo dan Presiden Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia, Datuk Adiwijaya Abdullah kira-kira pukul 4 petang tadi bersama beberapa badan bukan persatuan lain. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan