Misi Bantuan Malaysia Selamat Tiba Di Somalia

Diterbitkan: Selasa, 30 Ogos 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MOGADISHU (SOMALIA): Kumpulan kedua Misi Bantuan Kemanusiaan Kelab Putera 1Malaysia ke Somalia selamat sampai di sini pada Isnin.

Pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Charlie C-130 yang membawa 48 sukarelawan dengan lapan tan barang bantuan itu mendarat pada pukul 9.30 pagi waktu tempatan di Lapangan Terbang Mogadishu.

Pesawat Charlie yang turut membawa 26 anggota TUDM yang bekerjasama dalam operasi berkenaan memulakan penerbangan pukul 9.30 pagi Ahad (di Malaysia) dan melakukan transit selama sejam di Maldives.

Misi itu melakukan transit kedua di Seychelles pada pukul 11.25 malam waktu tempatan sebelum meneruskan penerbangan ke Mogadishu pada awal pagi Isnin.

Keseluruhan perjalanan mengambil masa kira-kira 20 jam, menyebabkan anggota misi yang beragama Islam berbuka puasa di atas pesawat.

Ketibaan di Lapangan Terbang Mogadishu disambut pemimpin tempatan termasuk Timbalan Menteri Perikanan dan Alam Sekitar Ahmad Hassan Adam serta beberapa anggota parlimen dengan kawalan ketat keselamatan dilakukan di sekitar lapangan terbang itu.

Sementara itu, Ketua misi yang juga Presiden kelab berkenaan Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim berkata lima kawasan menjadi tumpuan utama pengagihan dengan Mogadishu menjadi tempat pertama menerima sumbangan kemanusiaan.

Di antara tempat tumpuan di Mogadishu ialah Badbadur yang terletak 25 kilometer dari lapangan terbang di mana terdapat 250,000 mangsa di kem pemindahan.

Katanya anggota misi bantuan Malaysia dijangka bersembahyang raya di kem berkenaan, dan difahamkan presiden dalam kerajaan peralihan akan bersolat sunat Aidilfitri dengan mereka.

Selain Badbadur, misi itu juga akan menyampaikan bantuan di Al Shabeb di Merka yang menempatkan 300,000 mangsa bencana dan Balet Veni yang menempatkan 100,000 mangsa.

Kedua-dua kawasan berkenaan terletak 100 kilometer dari Mogadishu.

Ketua Operasi Leftenan Kolonel Zahani Zainal Abdin berkata transit di Seychelles selama kira-kira sembilan jam terpaksa dilakukan kerana penerbangan ke Mogadishu pada waktu malam dikhuatiri mengundang bahaya.

Katanya 26 anggota TUDM yang mengikuti misi itu hanya diberi notis pendek selama 36 jam.

Misi itu dianggotai 55 orang yang mana tujuh telah berlepas lebih awal sebagai kumpulan peninjau.

Misi berkenaan menyediakan 250 tan bekalan bahan makanan dan ubat-ubatan bagi keperluan 45,000 keluarga di Somalia yang menderita akibat bencana kemarau.

Wartawan Bernama TV Khairulanuar Yahaya dan jurukamera Noramfaizul Mohd Noor turut serta dalam misi bantuan ini. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan