Kembangkan Budaya Rumah Terbuka Untuk Eratkan Hubungan Kaum - Abdullah

Diterbitkan: Selasa, 30 Ogos 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KEPALA BATAS: Bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi mahu rakyat mengembangkan budaya rumah terbuka bagi mengeratkan lagi hubungan antara kaum.

Beliau berkata penganjuran rumah terbuka membantu menjayakan pembinaan negara bangsa melalui perkongsian nilai-nilai yang sama dalam setiap agama.

Menurutnya, setiap orang harus mengambil nilai-nilai baik yang dapat dikongsi bersama penganut agama yang lain.

"Semua perayaan seperti Aidilfitri menekankan keamanan sejagat dan menyemai perasaan muhibah tanpa mengira kaum, budaya dan kepercayaan," katanya kepada pemberita pada majlis rumah terbuka Aidilfitri anjuran beliau di Kompleks Budi Penyayang yang dihadiri kira-kira 2,000 tetamu di sini, Selasa.

Abdullah juga berkata sambutan sesuatu perayaan di negara ini tidak sepatutnya terhad kepada persembahan hiburan semata-mata tetapi apa yang lebih penting, kata beliau, ialah penghayatan terhadap mesej keamanan dan muhibah antara rakyat.

Beliau berpendapat tradisi rumah terbuka adalah "petua yang boleh mengeratkan perpaduan dan mengkikis sikap prejudis" antara masyarakat pelbagai kaum di negara ini.

"Aidilfitri ini bukan untuk diraikan oleh umat Islam sahaja. Sebenarnya ia sudah menjadi budaya bahawa Hari Raya ini disambut dan diraikan oleh seluruh rakyat Malaysia termasuk yang bukan beragama Islam," katanya.

Antara tetamu kenamaan yang mengunjungi rumah terbuka beliau ialah Yang Dipertua Negeri Tun Abdul Rahman Abbas dan isteri Toh Puan Majimor Shariff serta pemimpin parti politik tempatan.

Orang ramai mula membanjiri kompleks itu seawal pukul 9.30 pagi dan beratur panjang untuk bersalaman dengan Abdullah dan isteri, Tun Jeanne Abdullah. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Kolumnis

iklan

Iklan