Agong Adakan Rumah Terbuka Aidilfitri Di Istana Negara

Diterbitkan: Selasa, 30 Ogos 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah mengadakan rumah terbuka Aidilfitri di Istana Negara di sini Selasa.

Sesi rumah terbuka bagi orang kenamaan turut dihadiri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isterinya Puan Sri Noorainee Abdul Rahman serta menteri Kabinet dan diplomat asing.

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan isterinya Tun Dr Siti Hasmah Mohamed Ali, antara 500 tetamu yang menghadiri rumah terbuka itu.

Selepas rumah terbuka untuk orang kenamaan itu, Tuanku Mizan dan Tuanku Nur Zahirah mengadakan rumah terbuka untuk orang ramai.

Kira-kira 20,000 rakyat berbilang kaum daripada pelbagai lapisan mengunjungi rumah terbuka itu yang bermula 11.40 pagi hingga 1 tengah hari.

Tuanku Mizan dan Tuanku Nur Zahirah turut meluangkan masa berdiri di hadapan "rumah kaca" di Istana Negara untuk bersalaman dengan orang ramai dan memberi duit raya kepada kanak-kanak.

Orang ramai kemudian menerima cenderahati daripada pihak Istana Negara sebelum bergerak ke khemah disediakan di pekarangan istana untuk menikmati jamuan yang disediakan pada majlis itu.

Penggal Seri Paduka berdua sebagai Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong dijadual berakhir pada Disember ini.

Sementara itu, keadaan jalan raya di hadapan pintu masuk utama Istana Negara sesak kira-kira tiga kilometer akibat daripada deretan kenderaan yang diletakkan di sepanjang bahu jalan di situ.

Seorang pengunjung yang berpakaian unik iaitu Baju Melayu bercorak "Jalur Gemilang", Hashim Mohamad atau lebih mesra dikenali sebagai Pak Asyiem Songkok, 54, berkata beliau berasa sungguh bertuah kerana buat pertama kali dapat menjejakkan kaki ke Istana Negara meraikan Aidilfitri bersama-sama dengan Tuanku.

"Saya rasa amat bertuah kerana dapat bersama-sama rakyat yang beratur ini meraikan Aidilfitri dan juga menyambut Hari Kemerdekaan ke-54 negara secara serentak.

"Walaupun kesihatan saya agak terganggu tapi saya tabahkan semangat untuk hadir bersama rakyat bagi merayakan hari raya kali ini bersama dengan Yang di-Pertuan Agong," katanya kepada Bernama ketika berbaris untuk bersalaman dengan baginda berdua.

Menurutnya Baju Melayu, songkok dan samping corak "Jalur Gemilang" itu dijahit oleh isterinya dan kini beliau sudah mempunyai lima pasang Baju Melayu Jalur Gemilang.

Ann-Marie Hanssen, 34, dari Sweden berkata beliau yang secara kebetulan melawat Istana Negara tidak melepaskan peluang untuk menyertai kemeriahan itu.

"Saya telah berada di Malaysia selama sebulan dengan suami saya yang bekerja di sini dan ini pertama kali saya datang melawat Istana Negara dan saya berasa sungguh seronok.

"Budaya Malaysia amat menarik dan orangnya pula mesra dan kami amat menyukainya," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Kolumnis

iklan

Iklan