Zaki Tepati Janji Tidak Dengar Kes Umno

Diterbitkan: Isnin, 29 Ogos 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Ketua Hakim Negara, Tun Zaki Azmi yang bakal bersara pada usia 66 tahun pada 12 September ini telah menepati janjinya bahawa beliau tidak akan mendengar sebarang kes mahkamah yang melibatkan Umno sepanjang beliau memegang jawatan itu selama hampir tiga tahun.

"Saya tidak bicara satu pun kes mahkamah yang melibatkan Umno atau kes-kes yang berbaur politik," kata Zaki dalam wawancara dengan Bernama di pejabatnya di Istana Kehakiman.

Malah, katanya, beliau tidak peduli pihak mana yang menang atau kalah dalam kes-kes tersebut. Pelantikan Zaki memegang jawatan Ketua Hakim Negara ke-12 pada 2008 mengundang kontroversi kerana beliau pernah menjadi penasihat undang-undang kepada Umno.

Zaki menjelaskan bahawa beliau juga tidak mengambil tahu siapa hakim yang akan ditugaskan untuk mendengar kes-kes sedemikian.

Beliau juga menafikan tuduhan terdapatnya manipulasi dalam memutuskan kes-kes melibatkan kerajaan di peringkat Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan yang dikatakan akan mengenepikan keputusan mahkamah bawahan yang tidak berpihak dengan kerajaan.

"Saya tidak pernah melakukan manipulasi. Hati saya ingat kepada Allah Ta'ala. Itu lebih penting, kalau saya buat keputusan yang tidak mengikut undang-undang dan tidak adil dan saya tahu benda itu tidak adil, maka saya bertanggungjawab pada Allah. Bagi saya itu yang lebih penting. Tidak ternilai dengan wang atau apa-apa pun," katanya.

Malah, Zaki turut menjelaskan bahawa semasa beliau menjadi Ketua Hakim Negara dan juga sebagai Presiden Mahkamah Rayuan, beliau tidak menubuhkan panel hakim untuk mendengar kes-kes melibatkan Umno sebaliknya meminta Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Alauddin Mohd Sheriff ketika itu (kini sudah bersara) untuk berbuat demikian (menubuhkan panel hakim).

Mengenai soal hakim mahkamah yang membuat keputusan berpihak kepada kerajaan, Zaki menjawab: "Itu adalah di luar kawalan saya.

"Tuduhan bahawa mahkamah masih bersebelahan (memihak) dengan satu pihak dan bukan satu pihak lagi, kalau saya nak mempengaruhi orang, yang senang sekali nak saya kawal ialah hakim yang muda atau Pesuruhjaya Kehakiman kerana mereka mahu kenaikan pangkat. Saya tak sentuh mereka.

"Dia (Pesuruhjaya Kehakiman) buat keputusan tidak berpihak kepada kerajaan, tapi bila didengar di Mahkamah Rayuan, Mahkamah Rayuan terbalikkan keputusan itu, tetapi di Mahkamah Rayuan, terdapat tiga hakim yang bersidang untuk mendengar kes dan mereka lebih berpengalaman berbanding hakim muda tadi.

"Mana keputusan yang patut kita terima...yang hakim muda itu atau keputusan yang dibuat oleh panel tiga hakim yang lebih berpengalaman...tetapi tuduhannya bila sampai ke Mahkamah Rayuan, terdapat manipulasi," katanya.

Zaki juga berkata beliau tidak ambil tahu langsung mengenai kes mahkamah berhubung kes krisis politik di Perak di mana Mahkamah Persekutuan pada 9 Feb tahun lepas telah mengisytiharkan pelantikan Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar Perak adalah sah.

Menurutnya, beliau hanya baca di suratkhabar mengenai kes itu selepas kes itu selesai. Malah, katanya, beliau pernah memberi keputusan dalam satu kes lain berpihak kepada peneroka dengan memerintahkan Felda membayar RM11 juta ganti rugi kepada mereka. BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan