Orang Ramai Dinasihatkan Tidak Guna Diesel Dan Petrol Untuk Pelita

Diterbitkan: Isnin, 29 Ogos 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Orang ramai dinasihatkan agar tidak menggunakan minyak diesel atau petrol untuk menyalakan pelita sempena Hari Raya Aidilfitri ini bagi mengelakkan kejadian tidak diingini berlaku.

Penasihat Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna-Pengguna Malaysia (FOMCA) Prof Datuk Mohd Hamdan Adnan berkata, penggunaan minyak diesel dan petrol dilihat berleluasa di serata tempat terutamanya di kampung-kampung.

"Saya lihat penggunaan kedua-dua bahan ini semakin menjadi-jadi dan rata-rata mereka yang saya temui berkata kesukaran mendapatkan minyak tanah adalah penyebab mereka menggantikan bahan bakar ini," katanya kepada Bernama pada Isnin

Beliau berkata, penggunaan kedua-dua bahan ini adalah berbahaya dan berisiko tinggi mendatangkan kemalangan kerana jika tertumpah ia mudah merebak dan meletup dengan cepat sekaligus mengundang kebakaran.

"Kanak-kanak gemar bermain bunga api pada musim perayaan dan ini amatlah bahaya sekiranya kanak-kanak dibiarkan mendekati pelita yang menggunakan bahan tersebut tanpa pengawasan orang dewasa.

"Sekarang isu meriam buluh dah tak ada, kita tak mahulah pula isu penggunaan diesel dan petrol dijadikan sebagai ganti," kata Prof Hamdan.

Ibu bapa juga dinasihat agar memastikan keselamatan anak-anak mereka dari aspek kesesuaian pakaian yang dipakai ketika bermain bunga api bagi mengelakkan mudah disambar api.

"Hari raya adalah hari untuk bergembira jangan nanti orang nak raya ada pula mereka yang terlibat dengan nahas gara-gara kelalaian ibu bapa," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan