JPJ Kelantan Keluar 211 Saman Terhadap Pemandu Sepanjang Ops Raya

Diterbitkan: Isnin, 29 Ogos 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA BAHARU: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ)Kelantan telah mengeluarkan saman terhadap 211 pemilik kenderaan atas pelbagai kesalahan dalam tempoh dua minggu Ops Raya 2011 yang dilancar 14 Ogos lepas.

Pengarahnya Abdul Ghani Che Kassim berkata saman itu hasil pemeriksaan ke atas 1,714 kenderaan sepanjang tempoh tersebut.

Kesalahan membabitkan membawa muatan lebih (49 kes), tamat tempoh cukai jalan (36 kes), tiada lesen memandu (21 kes), memotong garisan berkembar (12 kes) mengguna telefon bimbit (5 kes) dan lain-lain kesalahan (91 kes), katanya kepada Bernama, di sini pada Isnin.

Abdul Ghani berkata pihaknya juga mengesan empat kes kenderaan berat ingkar arahan tidak berada di jalan raya pada tarikh puncak kesesakan iaitu pada 27 dan 28 Ogos lepas.

Keempat-empat kes itu diambil tindakan mengikut Peraturan dan Kaedah-kaedah Kecil di bawah Akta JPJ yang boleh dikenakan kompaun sehingga RM300.

"Mengikut peraturan JPJ yang baru dikeluarkan, kenderaan berat, kecuali yang membawa bekalan makanan dan bahan keperluan mustahak pada musim perayaan ini sekali lagi tidak dibenarkan menggunakan jalan raya dalam tempoh dua hari pada 3 dan 4 September ini.

"Ini untuk mengelakkan kenderaan terbabit mengganggu kelancaran pergerakan kenderaan kecil sama ada yang ingin pulang berhari raya di kampung atau ke tempat bertugas masing-masing," katanya.

Beliau berkata sepanjang tempoh dua minggu itu juga tiada kemalangan maut membabitkan pengangkutan awam dilaporkan. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan