Gerakan Tegas Mahu Kerusi DUN Bachang

Diterbitkan: Isnin, 29 Ogos 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MELAKA: Parti Gerakan akan terus bertanding pada kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka kawasan Bachang pada pilihan raya umum (PRU) akan datang, kata Presidennya Tan Sri Dr Koh Tsu Koon.

Beliau berkata walau pun kerusi itu dimenangi DAP pada PRU 2008, Gerakan telah membuat persiapan rapi bagi merampas kembali kerusi itu yang diperuntukan kepada parti itu oleh Barisan Nasional (BN) sejak 1995.

"Parti Gerakan sedang giat bekerja bagi memenangi semula kerusi DUN Bachang, kami bekerja dalam satu pasukan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Perwakilan Parti Gerakan Melaka di sini, Ahad.

Tsu Koon mengulas kenyataan Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam bahawa Umno atau MCA mungkin akan bertanding di DUN itu pada PRU ke-13 kerana peluang untuk BN menang di Bachang adalah lebih baik sekiranya Umno atau MCA yang bertanding.

Tsu Koon berkata walau pun partinya kalah bagi kerusi itu pada PRU 2008 tetapi kerusi itu telah dimenangi oleh Gerakan dengan majoriti yang besar pada PRU 1995 dan 2004.

"Memang pada 1999 kita tewas dengan majoriti 41 undi kerana pada waktu itu ada isu yang bersabit dengan (Datuk Seri) Anwar Ibrahim di mana kita hilang banyak pengundi Melayu dan juga Cina tetapi kita menang balik pada PRU 2004.

"Pada PRU 2008 itu berlakunya 'tsunami politik' di mana banyak kerusi lain yang ditandingi parti-parti lain dalam BN pun kalah," katanya.

Beliau berkata kenyataan yang dibuat oleh Mohd Ali, yang juga Pengerusi BN Melaka itu, boleh menjejaskan semangat BN dan sepatutnya perkara itu dibawa berbincang secara dalaman.

Ditanya sekiranya parti itu ditawarkan bertanding di kerusi DUN lain, beliau berkata parti itu sudah bekerja untuk rakyat di Bachang sejak 1995 dan kini mempunyai kekuatan di peringkat akar umbi untuk memenangi semula kerusi tersebut. BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan