Azhar CEO Baru MRT Co - Berita Semasa | mStar

Azhar CEO Baru MRT Co

Diterbitkan: Isnin, 29 Ogos 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Bekas Pengarah Urusan Sime Darby Plantation, Datuk Azhar Abdul Hamid telah dilantik Ketua Pegawai Eksekutif MRT Co, syarikat kepada Kementerian Kewangan Diperbadankan.

Pelantikan itu diumumkan hari ini oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Dalam satu kenyataan hari ini, Program Transformasi Ekonomi berkata Azhar, yang dijadual memulakan tugasnya pada minggu pertama bulan September, akan melaporkan diri kepada Najib sebagai Menteri Kewangan dan Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.

MRT Co akan menjadi pemilik projek dan aset kepada projek MY Rapid Transit Lembah Klang (KVMRT), berkuat kuasa 1 September.

Azhar mempunyai rekod cemerlang dalam memberikan hasil dan menguruskan operasi berskala besar, kata Najib.

Bahagian perladangan Sime Darby Bhd, yang di bawah kepimpinan dan pengawasan berhemat Azhar antara 2006 dan 2010, telah memperlihatkan hasil dan keuntungan yang baik.

Keuntungan operasi bahagian perladangan meningkat 23 peratus kepada RM2.1 bilion dalam tahun kewangan 2009/2010.

Najib menambah sebelum memuktamadkan keputusan itu, beliau meminta pendapat Datuk Seri Abu Kassim, Ketua Komisioner Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (MACC) dan Datuk Mohd Bakke Salleh, Presiden dan CEO Sime Darby Group.

"Kedua-duanya mengesahkan yang Azhar bebas daripada siasatan terhadap kerugian Darby Group ekoran penggunaan lebihan kos dalam operasi tenaga dan utilitnya tahun lepas," kata kenyataan itu memetik Najib sebagai berkata.

Projek MRT itu ialah satu-satunya projek infrastruktur terbesar Malaysia dan begitu kompleks dari segi teknikal dan kewangan. BERNAMA

   

iklan

Video

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Khamis, 5 Julai 2018 7:02 PM

Ngeri! Nampak kaki dalam beg baju

Kolumnis

iklan

Iklan