Risda Agih Dividen Kepada 3,454 Peserta Di Terengganu

Diterbitkan: Ahad, 28 Ogos 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Risda Terengganu mengeluarkan keuntungan terkumpul sebanyak RM20.32 juta untuk diagihkan kepada peserta Rancangan Tanam Baru Berkelompok (RTBB) dan Tanam Semula Komersil (TSK) di negeri itu.

Ketua Pengarah Risda Datuk Wan Mohamad Zuki Mohamad berkata, pengagihan itu melibatkan 3,454 peserta RTBB dan TSK dengan setaip peserta memperoleh antara RM1,300 dan RM6,500 mengikut keluasan tanah yang diusahakan Risda.

"Pada tahun ini, dividen yang dibayar agak lumayan...ini bermakna objektif kerajaan dan agensi dalam usaha untuk melahirkan pekebun kecil yang sejahtera dan lestari telah mencapai sasarannya," katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis penyampaian keuntungan terkumpul kepada peserta RTBB dan TSK oleh Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said di sini, Ahad.

Risda mengeluarkan dividen sebanyak RM179 juta untuk diagihkan kepada peserta di seluruh negara tahun ini dan pemberian dividen kepada peserta di Terengganu tahun ini merupakan yang terakhir.

Wan Mohamad Zuki berkata Risda akan mengadakan program pembajaan kepada pekebun di seluruh negara selepas hari raya puasa ini.

Katanya, setiap tahun kerajaan memperuntukan RM100 juta bagi menyediakan baja kepada pekebun untuk meningkatkan kualiti hasil tanaman mereka dan dapat membantu meningkatkan pendapatan pekebun.

"Kita buat program ini untuk beri terus kepada pekebun dan kita juga akan mengajar peserta cara-cara membaja yang betul.

"Agak mengecewakan jika sekiranya peruntukan baja yang besar itu tidak sampai ke sasaran atau berlalu ketirisan. Kita jangka selepas 10 bulan atau 12 bulan dibaja, pokok dapat mengeluarkan hasil berganda," katanya. BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan