PM Lancar 250 Kedai 1Malaysia D'Mart Seluruh Negara

Diterbitkan: Ahad, 28 Ogos 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PEKAN: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini melancarkan serentak 250 buah Kedai 1Malaysia D'Mart yang terdapat di semua tanah rancangan Felda di seluruh negara.

Pelancaran itu diadakan di Kedai 1Malaysia D'Mart Chini di Felda Chini Timur 2 di sini.

Ketika berucap, Najib berkata serentak dengan pelancaran itu, semua kedai D'Mart akan mula menjual produk 1Malaysia dengan harga yang ternyata lebih rendah dari produk berjenama yang dijual di kedai runcit biasa.

"Produk 1Malaysia dari segi kualitinya dijamin setanding dengan produk sama yang berjenama lain tetapi perbezaan harganya amat banyak.

"Contohnya harga setin ikan sardin berjenama ialah RM3 tetapi harga sardin 1Malaysia hanyalah RM1.30, manakala harga sebotol sos cili berjenama dijual pada harga RM2.10 tapi harga 1Malaysia cuma RM1.80," katanya.

Perdana Menteri berkata selain produk makanan, kedai D'Mart turut menjual produk kegunaan harian 1Malaysia dengan harga rendah seperti lampin bayi dan sebagainya.

Menurut beliau, kewujudan Kedai 1Malaysia adalah bukti keprihatinan kerajaan Barisan Nasional kepada rakyat sekaligus dapat menutup mulut pihak pembangkang yang mendakwa kerajaan sentiasa menaikkan harga barangan di pasaran.

"Dengan adanya kedai ini, rakyat Felda dapat berjimat sehingga 40 peratus perbelanjaan mereka dan ini dapat memberikan banyak faedah kepada mereka," jelasnya.

Turut hadir pada majlis pelancaran itu ialah Duta Besar Malaysia ke Amerika Syarikat, Datuk Seri Dr Jamaluddin Jarjis dan Pengarah Urusan Mydin Mohamed Holdings Bhd, Datuk Ammer Ali Mydin.

Sementara itu pada majlis berbuka puasa bersama penduduk gugusan Felda Chini, Najib mengumumkan peruntukan sebanyak RM6.88 juta bagi membina, membaiki dan menaik taraf kemudahan di kawasan gugusan Felda Chini termasuk klinik kesihatan, masjid dan dewan. BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan