Kenderaan Bertambah Di Utara, Lancar Di Selatan

Diterbitkan: Ahad, 28 Ogos 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Aliran trafik di Lebuh Raya Utara Selatan (Plus) arah utara kekal bergerak perlahan walaupun dengan penambahan jumlah kenderaan manakala trafik arah selatan bergerak lancar.

Menurut petugas Pusat Kawalan Plus, jumlah kenderaan semakin bertambah dari Terowong Menora ke Kawasan Rehat dan Rawat Sungai Perak.

"Jumlah kenderaan yang bertambah di laluan tersebut menyebabkan trafik bergerak perlahan. Keadaan yang sama turut berlaku di Slim River menuju ke Bidor, Perak," katanya kepada Bernama di sini, Ahad.

Laman Twitter Plus pula melaporkan pada pukul 12.10 tengah hari jumlah kenderaan juga meningkat dari Gua Tempurung menuju ke Gopeng, Perak manakala laporannya pada pukul 12.47 tengah hari, aliran trafik dari Skudai ke arah Simpang Renggam dan Yong Peng, Johor bergerak lancar.

Sementara itu, aliran trafik di sekitar Lembah Klang dilaporkan lancar. BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan