Jumlah Kematian Menurun Hari Kelima Ops Sikap Ke-24

Diterbitkan: Ahad, 28 Ogos 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Jumlah kematian akibat kemalangan jalan raya pada hari kelima Ops Sikap-24 semalam menurun berbanding Jumaat dengan mencatat 17 kematian, walaupun jumlah kenderaan bertambah di kebanyakan jalan-jalan utama di seluruh negara.

Menurut Polis Bukit Aman dalam laman webnya, rekod kematian berikutan kemalangan jalan raya semalam hanya 17 orang berbanding 24 orang pada Jumaat.

Daripada jumlah itu, penunggang motosikal mencatatkan jumlah kematian tertinggi dengan 11 kematian, dan masing-masing tiga kematian membabitkan pengguna kereta dan pejalan kaki.

Menurut kenyataan itu, 17 kematian itu dicatatkan dalam tujuh kemalangan maut di jalan persekutuan, enam kemalangan maut di jalan bandaran dan masing-masing satu kemalangan maut di jalan negeri dan lain-lain jalan.

Sementara sebanyak 9,108 saman dikeluarkan kepada pesalah trafik dalam operasi semalam.

Ops Sikap yang dilancarkan oleh Timbalan Polis Negara Datuk Seri Khalid Abu Bakar pada Isnin lepas bertujuan menyedarkan orang ramai mengenai pemanduan berhemah dalam usaha mengurangkan kadar kematian akibat nahas jalan raya pada musim perayaan akan berakhir 6 Sept ini. BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan