Senai Desaru Expressway Beri Diskaun Tol Sempena Aidilfitri

Diterbitkan: Sabtu, 27 Ogos 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JOHOR BAHARU: Senai Desaru Expressway Berhad (SDE) memberikan diskaun tol kepada pengguna kelas 1 lebuh raya itu bersempena dengan Hari Raya Aidilfitri.

Menurut Ketua Kewangan dan Perkhidmatan Korporat SDE Jamal Abd Nasir Taharim berkata diskaun tersebut akan diberikan pada Hari Raya pertama dan kedua.

Bagi plaza masuk Senai dan keluar di plaza tol Ulu Tiram, Cahaya Baru dan Penawar, kadar biasa RM3.70, RM7.60, dan RM11.20 masing-masing dikurangkan kepada RM3, RM6.10 dan RM9, katanya dalam kenyataan.

Kadar biasa bagi plaza masuk Ulu Tiram dan keluar di plaza tol Senai, Cahaya Baru dan Penawar bernilai RM3.70, RM4.70 dan RM8.20 masing-masing dikurangkan kepada RM3, RM3.80 dan RM6.60.

Bagi plaza masuk Cahaya Baru dan keluar di plaza tol Senai, Ulu Tiram dan Penawar, kadar biasa RM7.60, RM4.70 dan RM5.90 masing-masing dikurangkan kepada RM6.10, RM3.80 dan RM4.70.

Kadar biasa bagi plaza masuk Penawar dan keluar di plaza tol Senai, Ulu Tiram dan Penawar bernilai RM11.20, RM8.20 dan RM5.90 masing-masing dikurangkan kepada RM9, RM6.60 dan RM4.70. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan