Sambutan Merdeka Tetap Bersemarak Walaupun Hari Raya - Maglin - Berita Semasa | mStar

Sambutan Merdeka Tetap Bersemarak Walaupun Hari Raya - Maglin

Diterbitkan: Sabtu, 27 Ogos 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Dalam kemeriahan umat Islam menyambut kedatangan Aidilfitri, sambutan Hari Kemerdekaan negara ke-54 tetap bersemarak dengan kibaran Jalur Gemilang.

Timbalan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Maglin Dennis D'Cruz berkata malah sambutan kempen "1Rumah, 1Bendera" juga amat menggalakkan apabila warga Malaysia yang beragama Islam turut menghias rumah mereka dengan bendera di samping hiasan raya.

"Kita lihat kini sambutan Hari Kemerdekaan sangat menggalakkan apabila ramai orang telah memasangkan bendera di premis dan rumah mereka di kebanyakan tempat termasuk di Puchong dan Klang," katanya kepada pemberita selepas mengedarkan Jalur Gemilang kepada orang awam dan pemilik premis perniagaan di sekitar Pasar Sentul di sini, Sabtu.

Pertembungan sambutan Hari Raya dan Hari Kemerdekaan buat pertama kali bukan sahaja memeriahkan suasana sambutan Hari Raya malah turut memantapkan semangat patriotik di kalangan rakyat, katanya.

Majlis anjuran Parti Progresif Penduduk (PPP) bahagian Batu itu turut dihadiri Pengerusi PPP Wilayah Persekutuan Datuk A. Chandrakumanan dan sebanyak 800 bendera telah diedarkan. -BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 17 Julai 2018 6:18 PM

'Penyamun terbang' maut dalam kereta curi

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Kolumnis

iklan

Iklan