PM Dan Isteri Sampaikan Sumbangan Zakat - Berita Semasa | mStar

PM Dan Isteri Sampaikan Sumbangan Zakat

Diterbitkan: Sabtu, 27 Ogos 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PEKAN: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor pada Sabtu menyampaikan zakat syarikat-syarikat korporat berjumlah RM1.2 juta kepada golongan sasar di kawasan Parlimen Pekan.

Sejumlah RM1.2 juta zakat itu diagih-agihkan kepada 5,000 orang golongan miskin, ibu tunggal dan warga emas di kawasan berkenaan.

Zakat-zakat berkenaan adalah zakat yang dikeluarkan Bank Rakyat berjumlah RM500,000, Amanah Raya Berhad (RM200,000), Tabung Haji (RM100,000), Affin Islamic Berhad (RM100,000), Uda Holding Berhad (RM200,000) dan Perbadanan Nasional Berhad (RM100,000). - BERNAMA

   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan