Pemantauan Di Terminal Bersepadu Selatan Kekang Aktiviti Ulat Tiket

Diterbitkan: Sabtu, 27 Ogos 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pemantauan kerap di Terminal Bersepadu Selatan-Bandar Tasik Selatan berjaya mengekang kewujudan 'ulat tiket' yang dikaitkan dengan penjualan tiket haram menjelang musim perayaan.

"Ulat tiket tidak ada setakat ini hasil pemantauan kita di terminal bas ini. Kita harap ia mampu mengembalikan semula kepercayaan orang ramai di terminal bas," kata Pengarah Urusan Maju Terminal Management and Services Roslan Shariff ketika ditemui Bernama pada Jumaat.

Syarikat itu merupakan pengendali terminal bas berkenaan.

Tinjauan Bernama di Hentian Puduraya juga mendapati tidak ada ulat tiket berkeliaran di sekitar kaunter jualan.

Beberapa penumpang berkata mereka tidak dihampiri penjual tiket haram berbanding tahun sebelumnya.

Junaidah Marzuki, 26, berkata beliau berasa lebih selamat kerana tidak diasak ulat tiket seperti tahun lepas. "Tahun lepas, akibat membeli tiket di luar kaunter, bas yang saya naiki rosak di tengah jalan, menyebabkan perjalanan tergendala dan terpaksa menunggu orang lain datang membantu," katanya.

Najmuddin Abdul Hir, 29, pula berkata beliau pernah didekati ulat tiket, namun enggan mengambil risiko membeli tiket di luar kaunter.

Penyelia kaunter jualan Transnasional Azwan Ismail, 30, berkata syarikat itu menyediakan tiket tambahan kepada penumpang yang ingin membelinya di saat akhir.

"Tiket perjalanan biasa mula dijual Jun lepas, manakala tiket tambahan disediakan setiap hari. Bagaimanapun, surcaj akan dikenakan untuk setiap tiket tambahan yang dijual," katanya.

Tinjauan Bernama juga mendapati keadaan Hentian Puduraya, yang baru beberapa bulan beroperasi setelah proses menaik taraf, lebih selesa dan teratur.

Abinormiza Abdullah, 30, berkata ruang menunggu di hentian tersebut lebih selesa, dan mudah baginya mendapat maklumat mengenai jadual perjalanan kerana ia tertera di skrin besar yang disediakan. -BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan