Pemandu Bas Ekspres Kini Lebih Berhemah

Diterbitkan: Sabtu, 27 Ogos 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KANGAR: Pemandu bas ekspres bagi laluan Kangar ke beberapa destinasi dan sebaliknya kini lebih berhemah, kata Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Perlis, Zulhasmi Mohamad.

Menurutnya, sejak operasi musim perayaan dilancarkan selama sebulan bermula 14 Ogos lalu, belum ada kesalahan jalan raya yang dilaporkan oleh pegawai penguatkuasa yang menyamar sebagai penumpang.

Bercakap kepada pemberita selepas operasi pemeriksaan keselamatan bas-bas ekspres oleh Majlis Keselamatan Jalan Raya (MKJR) Perlis di sini malam tadi, beliau berkata, setiap hari dua anggota penguatkuasa jabatan itu akan menyamar sebagai penumpang bas.

Mereka akan membeli tiket ke destinasi tertentu dan sepanjang perjalanan mereka akan merekodkan kesalahan-kesalahan yang dilakukan oleh pemandu bas yang mereka naiki.

Penyamaran juga dilakukan semasa bas dalam perjalanan pulang ke Kangar.

Jika terdapat kesalahan, mereka akan memanggil pemandu terbabit untuk diterangkan kesalahan yang dilakukan sebelum mengambil tindakan seterusnya termasuk saman.

Katanya, pada musim perayaan Tahun Baru Cina yang lalu, ramai pemandu yang didapati melakukan kesalahan termasuk memotong garisan berkembar, tidak mematuhi lampu isyarat dan memandu melebihi had laju.

"Kami tidak boleh berkompromi dengan para pemandu yang melakukan kesalahan jalan raya demi keselamatan para pengguna jalan raya," katanya.

Menurutnya, langkah lain yang diambil ialah penguatkuasa JPJ akan memastikan aspek keselamatan bas adalah terjamin termasuk memeriksa tayar dan brek manakala Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) membuat saringan dadah.

Sebelum itu, Pengerusi MKJR Perlis, Abdul Jamil Saad mengetuai anggota-anggota MKJR pada operasi memeriksa bas-bas ekspres di Stesen Bas Ekspres Bukit Lagi di sini. Bagaimanapun tiada kesalahan dilaporkan dan kesemua bas dibenarkan bergerak membawa penumpang ke beberapa destinasi terutama ke Kuala Lumpur.

Turut menyertai operasi itu ialah Pengarah Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) Perlis Mohd Fazlee Mohd Latiff. -BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan