Untung Pracukai Suku Pertama Proton Susut Kepada RM12.10 Juta

Diterbitkan: Jumaat, 26 Ogos 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Keuntungan pracukai Proton Holdings Bhd untuk suku pertama berakhir 30 Jun 2011 merosot kepada RM12.107 juta daripada RM104.649 juta dalam suku yang sama 2010.

Pendapatannya turun kepada RM2.233 bilion daripada RM2.290 bilion sebelumnya, katanya dalam satu kenyataan, Jumaat.

Proton berkata keuntungan yang merosot ini dikaitkan terutamanya kepada perbelanjaan tinggi yang ditanggung oleh Lotus Group International Ltd (LGIL) dalam pembinaan semua jenama dan kos penyusunan semulanya.

"LGIL sedia mencapai rancangan perniagaannya dan pencapaiannya setakat ini adalah seiring dengan eksesais transformasi perniagaan lima tahun syarikat," katanya.

Ia berkata perbelanjaan tinggi ke atas LGIL, bagaimanapun, sebahagiannya telah diimbangi oleh pendapatan yang tinggi hasil daripada peningkatan jumlah jualan domestik Proton iaitu kira-kira tiga peratus lebih tinggi dalam suku pertama berbanding tempoh yang sama tahun lepas.

Pengerusi kumpulan, Datuk Seri Mohd Nadzmi Mohd Salleh berkata Proton akan terus giat menerajui transformasi LGIL.

"Perkembangan terbaru ialah pemeteraian perjanjian hak pengedaran baharu di China yang juga antara pasaran kereta sport mewah yang paling pesat berkembang di dunia.

"Wakil penjual yang dilantik, Lotus China Symphony Ltd, akan melabur dalam hak wakil penjual seluruh negara untuk menawarkan rangkaian penuh kereta-kereta Lotus berprestasi tinggi ke pasaran China," kata beliau.

Baru-baru ini, LGIL turut melantik pengedar baharu di Australia dan New Zealand, kata beliau.

Mohd Nadzmi berkata, langkah itu didorong oleh perkembangan positif di pasaran-pasaran besar seperti India dan China.

"Faktor-faktor ini, bersama-sama usaha kami menembusi pelbagai pasaran baharu dan baru muncul, akan merancakkan lagi langkah globalisasi Proton," kata beliau. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan