Untung Bersih Suku Pertama Petronas Naik Kepada RM21.7 Bilion

Diterbitkan: Jumaat, 26 Ogos 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Petronas hari ini mengumumkan kenaikan 48.6 peratus dalam untung bersihnya kepada RM21.7 bilion bagi suku pertama yang berakhir pada 30 Jun, 2011 daripada RM14.6 bilion pada suku yang sama sebelumnya, disokong oleh harga minyak mentah yang kukuh serta usaha kumpulan ke arah kecekapan.

Keuntungan sebelum cukai meningkat 44.4 peratus kepada RM30.9 bilion daripada RM21.4 bilion pada suku yang sama sebelumnya.

"Ini disebabkan oleh pengukuhan harga minyak mentah, usaha kami ke arah kecekapan dan keuntungan sebanyak RM2.6 bilion daripada pelepasan hak kumpulan terhadap Cairn India Ltd meskipun keadaan kos yang meningkat," kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Petronas Datuk Shamsul Azhar Abbas.

Pada suku pertama, purata harga penanda aras minyak mentah pada US$122.26 setong berbanding dengan US$76.14 setong pada suku yang sama sebelumnya.

Shamsul berkata, perolehan bagi tiga bulan pertama naik 24.6 peratus kepada RM73 bilion daripada RM58.6 bilion in the suku pertama tahun kewangannya yang lepas disebabkan oleh harga yang lebih tinggi dalam pelbagai produknya, sebahagiannya oleh pengukuhan ringgit berbanding dolar AS.

Pendapatan kumpulan sebelum faedah, pencukaian, susut nilai dan pelunasan (EBITDA) meningkat 3.7 peratus kepda 46.7 peratus daripada 43 peratus pada suku yang sama sebelumnya.

Shamsul berkata, terdapat juga petunjuk yang kumpulan bergerak ke arah kelembapan.

"Berdasarkan kepada angka pada Julai, kami bergerak ke arah kelembapan bermula pada suku kedua hingga tahun depan," kata beliau pada taklimat media mengenai prestasi kewangan kumpulan di sini, Jumaat.

Beliau menjangka harga minyak akan berlegar antara US$80 dan US$85 setong pada 2012.

"Dijangka akan berlaku kelembapan ekonomi kerana apa yang berlaku pada ekonomi global di AS dan Eropah...sama ada akan berlaku QE (usaha menyelamat) ketiga di AS. Kebimbangan utama ialah penurunan permintaan," katanya.

"Mengenai masa depan, melihat kepada asas dan angka yang ditunjukkan kini, tahun depan tidak begitu baik. Kami merancang belanjawan kami mengikut senario," katanya.

Semasa ditanya mengenai tinjauan masa depan bagi prestasi kumpulan bagi tahun kewangan semasa, Shamsul berkata: "Bagi sembilan bulan tahun kewangan lepas, PBT (keuntungan sebelum cukai) adalah RM60 bilion. Bagi suku pertama tahun kewangan semasa, PBT adalah RM30.9 bilion. Kami gembira jika kami boleh mencapai RM62-70 bilion," katanya.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan