SPR Kaji Semula Guna Dakwat Kekal Petanda Baik Sistem Pilihan Raya - Bersih

Diterbitkan: Jumaat, 26 Ogos 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) menganggap keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk mengkaji semula penggunaan dakwat kekal bagi memastikan tidak berlaku masalah pengundian bertindih adalah petanda baik bagi sistem pilihan raya negara.

Sambil melahirkan rasa terkejut, Pengerusi Bersih, Datuk S. Ambiga berkata pihaknya berharap SPR dapat membuat pertimbangan yang sewajarnya mengenai penggunaan dakwat kekal yang menurutnya lebih berkesan dan telus.

"Saya memang terkejut dengan kenyataan SPR untuk mengkaji semula penggunaan dakwat kekal kerana sebelum ini mereka berkeras tidak mahu menggunakannya.

"Tapi sekurang-kurangnya sekarang SPR mahu mengkaji semula penggunaannya, ini satu perkembangan yang cukup baik untuk sistem pilihan raya di negara kita," katanya kepada mStar Online di sini, Jumaat.

Menurut bekas Presiden Majlis Peguam itu lagi, SPR disaran mendapatkan pandangan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) terutama dari segi kepakaran penggunaan dakwat kekal semasa pilihan raya.

"Pengunaan dakwat kekal bukanlah sesuatu yang baru... kaedah ini telah digunapakai oleh beberapa negara lain termasuk India, Afganistan dan Iran.

"SPR boleh dapatkan kepakaran PBB kerana sebelum ini mereka pernah membantu Afganistan menggunakan dakwat kekal," katanya.

Pada Khamis Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata SPR akan mempertimbangkan semula secara serius penggunaan dakwat kekal pada hari pengundian bagi memastikan proses pilihan raya di negara ini dilaksanakan dengan telus dan adil selepas dibatalkan penggunaannya pada Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU-12).

Namun Abdul Aziz juga berkata, pada masa yang sama SPR juga tidak menolak kemungkinan untuk turut menggunakan sistem biometrik seperti yang dicadangkan suruhanjaya itu baru-baru ini bagi mengelakkan pertikaian mengenai dakwaan wujudnya 'pengundi hantu'.

Bagaimanapun Ambiga berkata SPR tidak seharusnya terburu-terburu untuk menggunakan sistem biometrik yang belum diuji sepenuhnya.

"Buat masa ini eloklah SPR hanya fokus kepada penggunaan dakwat kekal. Saya juga setuju dengan beliau bahawa sistem biometrik perlu memakan masa yang lama untuk diuji terlebih dahulu sebelum boleh digunakan untuk pilihan raya umum akan datang," katanya.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan