PTPTN Guna Kaedah Membayar Dengan Senyuman Bantu Selesaikan Masalah Bayaran Balik Pinjaman

Diterbitkan: Jumaat, 26 Ogos 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) memperkenalkan kaedah "membayar dengan senyuman" bagi membantu peminjam yang dikenakan tindakan senarai hitam atau saman membayar balik pinjaman pelajaran mereka.

Pengerusi PTPTN Datuk Ismail Mohamed Said berkata melalui pendekatan tersebut, PTPTN membuka ruang dan peluang kepada peminjam untuk tampil dan mengadakan rundingan bersama bagi mempertimbangkan permohonan rayuan membayar balik secara ansuran.

"Peminjam dan pegawai PTPTN akan bersama-sama berbincang berkaitan amaun pembayaran pendahuluan yang mampu dijelaskan oleh peminjam seterusnya membuat komitmen bayaran secara ansuran yang fleksibel melalui kaedah potongan gaji atau arahan tetap bank," katanya.

Bercakap kepada pemberita selepas mengagihkan 2,500 beg cenderahati sempena Program Merdeka Raya PTPTN di Plaza Tol Gombak di sini hari ini, Ismail berkata peminjam boleh berkunjung ke PTPTN untuk merundingkan jadual pembayaran balik pinjaman yang bersesuaian.

"PTPTN sentiasa mengalakkan peminjam membuat bayaran balik berasaskan kaedah mesra pelanggan membayar dengan senyuman dan sentiasa ingin merapatkan hubungan baik dengan peminjam selaras dengan usaha PTPTN untuk memanifestasikan moto Pelanggan Gembira, Kami Ceria," katanya.

Ismail berkata jumlah peminjam yang perlu membayar balik pinjaman sehingga 31 Julai tahun ini ialah 961,346 orang dengan jumlah pinjaman kira-kira RM5.43 bilion.

Daripada jumlah tersebut, seramai 715,086 peminjam telahpun melaksanakan pembayaran balik pinjaman PTPTN yang melibatkan amaun bayaran balik sebanyak RM2.63 bilion.

Seramai 246,260 orang atau 25.62 peratus daripada keseluruhan peminjam pula masih belum melaksanakan pembayaran balik pinjaman melibatkan jumlah hutang sebanyak RM1.39 bilion manakala jumlah tunggakan daripada peminjam yang membuat bayaran balik tetapi tidak mengikut jadual pula sebanyak RM1.42 bilion, katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 24 Ogos 2017 3:30 PM

Ebba Tak Minat Jadi Jurutera

Khamis, 24 Ogos 2017 12:38 PM

Wan Sharmila Kena 'Badi' Cinta

Khamis, 24 Ogos 2017 9:00 AM

Susunan Lagu Dari Sweden Gagal Takluk Persis

Rabu, 23 Ogos 2017 3:00 PM

Shuib Sepahtu 'Kuat' Cari Duit!

Rabu, 23 Ogos 2017 12:00 PM

Ayda Jebat Impi 'Mata' Tercalon Anugerah

Rabu, 23 Ogos 2017 9:00 AM

Keghairahan Shahrol Shiro Makan Diri?

Selasa, 22 Ogos 2017 12:00 PM

Sakan! Shiha Zikir Kini Hidup Mewah

Selasa, 22 Ogos 2017 9:00 AM

Tania Hudson Tak jangka Kembali Aktif

Isnin, 21 Ogos 2017 9:00 AM

#BiziBody: Syafiq Kyle Pentingkan Penampilan

Kolumnis

iklan

Iklan