Pemuda Umno Mahu Kerajaan Tubuh Badan Atasi Jurang Gaji Siswazah Melayu

Diterbitkan: Jumaat, 26 Ogos 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KAMPUNG GAJAH: Pergerakan Pemuda Umno mencadangkan supaya kerajaan mewujudkan sebuah badan khas untuk memantau dan mengawal kadar gaji lepasan universiti dalam negara bagi memastikan tidak wujud jurang perbezaan tangga gaji yang ketara antara siswazah Melayu dan etnik lain.

Pengerusi Biro Ekonomi dan Pembangunan Usahawan Pemuda Umno Datuk Sohaimi Shahadan berkata langkah itu perlu memandangkan jurang gaji antara siswazah Melayu dan bumiputera dengan kaum lain semakin ketara sejak akhir-akhir ini.

"Kita mahu mereka (siswazah Melayu dan bumiputera) turut mendapat gaji yang setanding dengan siswazah bangsa lain memandangkan siswazah itu juga memiliki kelulusan yang sama. Kenapa mereka menerima gaji yang rendah sedangkan memiliki kelulusan yang setanding," katanya kepada Bernama di sini.

Beliau berkata Pemuda Umno percaya jika badan khas berkenaan dibentuk, ia dapat menjalin kerjasama dengan sektor swasta untuk mengambil lebih ramai siswazah Melayu dan bumiputera bekerja dengan syarikat mereka serta berusaha menyelesaikan isu jurang perbezaan gaji itu.

Sohaimi berkata demikian bagi mengulas pendedahan Timbalan Ketua Pengarah 1 Unit Perancang Ekonomi Jabatan Perdana Menteri Datuk Mat Noor Nawi bahawa siswazah Melayu dan bumiputera merupakan golongan terbesar yang menerima gaji permulaan terkecil sebaik sahaja memasuki pasaran kerja iaitu RM501 sehingga RM2,000 ke atas berbanding kumpulan etnik lain.

Sementara itu, Sohaimi berkata institusi pengajian tinggi juga boleh berperanan membantu siswazah Melayu dan bumiputera dengan menghantar pelajar menyelami dunia pekerjaan sebenar menerusi program latihan industri sebelum mereka menamatkan pengajian.

"Beri keyakinan diri dan pendedahan terhadap aspek usahawan termasuk pengetahuan bahasa kedua terutamanya Bahasa Inggeris, komunikasi berkesan dan aspek pengurusan bagi memastikan mereka mampu bersaing di pasaran pekerjaan secara terbuka," katanya.

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan