Pemimpin Wanita Paling Kanan PDRM Bersara 2 September Ini

Diterbitkan: Jumaat, 26 Ogos 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pengarah Pengurusan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang merupakan pemimpin wanita paling kanan PDRM, Datuk Robiah Abdul Ghani, akan menamatkan perkhidmatannya dengan pasukan itu pada 2 Sept ini.

Robiah, 58, akan meninggalkan pasukan itu bagi bersara wajib selepas berkhidmat selama 39 tahun lapan bulan.

Berikutan persaraannya, jawatan tersebut akan dipangku oleh Timbalan Pengarah Pengurusan (Latihan) SAC Datuk Abd Rahim Hanafi.

Majlis serah terima tugas berlangsung di Bukit Aman di sini hari ini yang dihadiri Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Khalid Abu Bakar.

Ketika berucap pada majlis itu, Khalid berkata pemergian Robiah akan dirasai kerana beliau seorang yang cukup ceria, tidak lokek dengan senyuman, berjiwa kental serta sentiasa bersemangat dalam memajukan diri sehinggalah merangkul juara pertama dalam lima kategori wanita dalam PDRM.

Robiah meraih 'juara pertama' iaitu sebagai Platun Komander, sebagai Ketua Polis, sebagai pemegang pangkat Komisioner, sebagai Pengarah serta Setiausaha Agung Persatuan Kebajikan Isteri Polis (Perkep) tempoh terpanjang, katanya.

Khalid berkata Robiah juga merupakan nukilan sejarah baru pasukan itu iaitu seorang pegawai kanan wanita yang dilantik jawatan tertinggi dalam PDRM dan menjadi ikon wanita supaya menjadi titik tolak untuk melihat lebih ramai pegawai wanita menyandang jawatan penting. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan