Dakwat Kekal Lebih Mudah Berbanding Biometrik Pada PRU - Dompok

Diterbitkan: Jumaat, 26 Ogos 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Presiden Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO), Tan Sri Bernard Dompok berpendapat, penggunaan dakwat kekal dalam sistem pilihan raya umum adalah lebih mudah berbanding sistem biometrik.

Katanya, sistem biometrik agak sukar untuk digunakan dalam keadaan tertentu terutama apabila berlaku gangguan bekalan elektrik semasa hari pengundian.

Dompok, yang juga Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi berkata, dakwat kekal masih boleh digunakan dalam keadaan tertentu selain dapat mencegah pengundian berganda terutama di Sabah yang sudah sekian lama bergelut dengan masalah pendatang tanpa izin.

"Bagi saya, mana-mana pun tiada masalah tetapi yang mudah untuk digunakan ialah dakwat kekal," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis pemberian wang pendahuluan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) kepada pelajar bari ijazah pertama dan penyerahan sumbangan kepada Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) bagi kawasan Parlimen Penampang di Lok Kawi, dekat sini, Jumaat. Dompok, yang anggota Parlimen Penampang, mengulas laporan akhbar Khamis lepas bahawa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mempertimbangkan semula secara serius penggunaan dakwat kekal pada hari pengundian selepas dibatalkan penggunaannya pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-12 pada 2008.

Pengerusinya Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof dipetik sebagai berkata suruhanjaya itu akan mengkaji dengan terperinci cadangan berkenaan sebagai salah satu langkah penambahbaikan sistem plihan raya sedia ada.

Ditanya kenapa kerajaan sebelum ini tidak berminat untuk melaksanakan penggunaan dakwat kekal dalam proses pilihan raya di negara ini, Dompok berkata kerajaan berpendapat cara itu lebih praktikal di negara-negara yang menghadapi kesukaran untuk mengadakan pilihan raya secara teratur.

"Saya rasa tidak ada bantahan daripada mana-mana pemimpin kerajaan termasuk saya mengenai penggunaan dakwat, jika keadaan memerlukan penggunaan dakwat kekal dilaksanakan... kita di pihak kerajaan tiada bantahan," katanya.

Mengenai persediaan UPKO menghadapi PRU ke-13 akan datang, Dompok berkata parti itu sudah bersiap sedia menghadapinya pada bila-bila masa. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan