Bapa Timbalan Speaker Dewan Rakyat Meninggal Dunia

Diterbitkan: Jumaat, 26 Ogos 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SANDAKAN: Yeo Kiandee, bapa kepada Timbalan Speaker Dewan Rakyat Datuk Ronald Kiandee, meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth di Kota Kinabalu, Jumaat.

Yeo, 79, meninggal dunia pada 4.30 pagi disebabkan sakit tua setelah dirawat di hospital itu sejak tiga minggu lepas.

Setiausaha Sulit kepada Ronald, Samad Jambri, berkata jenazah mendiang dibawa balik ke Beluran pada petang ini dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Kristian di Pekan Beluran esok.

Yeo meninggalkan seorang isteri dan lapan anak. - BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan