UIAM Kawal Ketat Kemasukan Pelajar Antarabangsa, Elak Salah Guna Visa

Diterbitkan: Khamis, 25 Ogos 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) mengawal ketat jumlah pengambilan pelajar antarabangsa ke negara ini bagi mengelak berlakunya kes penyalahgunaan visa di kalangan para pelajar.

Rektor UIAM Datuk Dr Zaleha Kamruddin berkata polisi universiti tersebut bukan mementingkan jumlah pelajar ataupun kuantiti, tetapi kualiti yang dipamerkan oleh pelajar yang terpilih untuk belajar di universiti tersebut.

"Walaupun kita tetapkan jumlah 30 peratus pelajar antarabangsa bagi program postgraduate dan undergraduate, pemilihan pelajar sangat terperinci kerana kita tidak mahu pelajar-pelajar tersebut mendaftar di universiti ini, tetapi pada masa yang sama melibatkan diri dalam aktiviti yang tidak berkaitan," katanya.

Beliau berkata demikian selepas majlis berbuka puasa dan penyerahan sumbangan sebanyak RM200 setiap seorang kepada 15 orang warga kerja kurang berkemampuan UIAM oleh Presiden UIAM Tan Sri Sidek Hassan di sini, Rabu.

Zaleha berkata pihak universiti tidak mahu hanya kerana untuk mencapai kuota 30 peratus yang ditetapkan pihak universiti, mereka akhirnya terpaksa menanggung beban risiko lain yang mungkin timbul kelak.

"Oleh itu, pihak dekan universiti akan membuat pemilihan secara mendalam berdasarkan kriteria-kriteria yang ditetapkan," katanya.

Sementara itu, Dekan Kemasukan dan Rekod UIAM Penolong Profesor Dr. Shamsul Jamili berkata sebanyak 250 pelajar antarabangsa dijangka mendaftar sebagai pelajar di universiti tersebut Sept ini di bawah program ijazah.

"Jumlah ini bagaimanapun kurang sebanyak 20 peratus dari tahun sebelumnya disebabkan oleh persaingan di antara universiti lain semenjak tarikh kemasukan universiti tempatan ditukarkan ke bulan September," katanya. -BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan