SPAD, Puspakom Meterai Perjanjian Berkaitan Kenderaan Darat

Diterbitkan: Khamis, 25 Ogos 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) pada Rabu menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Puspakom Sdn Bhd (Puspakom) bagi mewujudkan kerjasama efektif untuk memastikan keselamatan pengangkutan awam dan kenderaan perdagangan lebih terjamin.

Pengerusi SPAD, Tan Sri Syed Hamid Albar berkata, menerusi memorandum persefahaman itu, kedua-dua pihak dapat berkongsi maklumat dalam aspek mengesan, merekod dan mengambil tindakan susulan terhadap pengangkutan awam dan kenderaan perdagangan yang gagal hadir pemeriksaan wajib di Puspakom.

"Dengan termeterainya memorandum persefahaman ini, SPAD dapat mencapai objektif penubuhannya dalam pengawalseliaan dan penguatkuasaan undang-undang supaya pengangkutan awam darat selamat dan lebih efisyen," katanya pada sidang media di sini Rabu

Menurut Syed Hamid, SPAD dan Puspakom akan mewujudkan perkongsian pangkalan data mengenai maklumat pemilik pengangkutan awam serta kenderaan perdagangan seperti yang dilakukan polis dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

"Saya percaya langkah ini dapat membantu memudahkan urusan operator bas mahupun pemilik kenderaan pengangkutan untuk mengemaskini maklumat dan melakukan pemeriksaan yang diwajibkan," ujarnya.

Sehubungan itu, Syed Hamid berkata, SPAD amat mengalu-alukan kerjasama daripada syarikat swasta untuk membantu kerajaan dalam melakukan penambahbaikan kualiti dan standard perkhidmatan pengangkutan awam darat agar keselamatan penumpang terjamin.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Puspakom, Hisham Othman berkata kira-kira 7,000 kenderaan perdagangan tidak hadir bagi menjalankan pemeriksaan mandatori dan berkala setiap enam bulan sekali.

"Ketika ini, jumlah kenderaan perdagangan adalah kira-kira satu juta dan jumlah sebenar yang gagal hadir pemeriksaan masih belum ketahui. Jadi melalui perkongsian ini kita akan dapat mengenal pasti jumlahnya nanti," katanya.

Jelas Hisham, kegagalan pemilik kenderaan itu berbuat demikian mungkin disebabkan pelbagai faktor termasuk timbul perasaan khuatir tidak akan lulus pemeriksaan sehingga memaksa mereka mengeluarkan kos besar untuk memperbaiki kenderaan.

Mengulas mengenai tindakan yang akan diambil terhadap pemilik kenderaan yang gagal melakukan pemeriksaan, Hisham memberitahu mereka tidak mempunyai kuasa untuk mengenakan sebarang tindakan.

"Tindakan undang-undang di bawah kuasa JPJ tetapi mungkin kenderaan mereka akan disita dan lesen turut digantung," katanya.

Dalam perkembangan berasingan, SPAD telah meluluskan sebanyak 1,956 permit Lesen Perubahan Sementara (LPS) bagi pengusaha bas selepas tarikh akhir permohonan berakhir pada Selasa.

Berdasarkan jumlah itu, penambahan sebanyak 393 permit dicatat pada tahun ini berbanding 1,563 yang dikeluarkan tahun lalu.

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan