CEO Apple Letak Jawatan

Diterbitkan: Khamis, 25 Ogos 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Steve Jobs, pemimpin di sebalik kegemilangan produk Apple meletak jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Apple Inc pada Rabu disebabkan masalah kesihatan yang dihadapinya.
Steve Jobs, pemimpin di sebalik kegemilangan produk Apple meletak jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Apple Inc pada Rabu disebabkan masalah kesihatan yang dihadapinya.

SAN FRANCISCO: Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Apple Inc, Steve Jobs, meletak jawatannya pada Rabu disebabkan masalah kesihatan yang tidak mengizinkan beliau untuk terus memimpin salah satu syarikat paling berpengaruh tersebut.

Bagaimanapun Jobs berkata beliau tetap akan memainkan peranan dalam memimpin Apple Inc.

Tindakan tersebut dibuat Jobs selepas beliau menghadapi masalah kesihatan yang tidak diketahui dan mengambil cuti dengan tempoh yang tidak dapat dipastikan pada bulan Januari.

Ketua Pegawai Operasi Apple, Tim Cook telah dilantik mengambil alih jawatan tersebut.

"Saya sering menyatakan jika tiba suatu masa di mana saya tidak berupaya lagi untuk menjalankan tugas dan harapan sebagai seorang CEO Apple, sayalah orang pertama yang akan memberitahu anda. Malangnya, hari itu telah tiba," kata Jobs melalui sepucuk surat yang dihantarnya kepada lembaga pengarah dan warga Apple.

Apple berkata dalam satu kenyataan, Jobs menyerahkan perletakan jawatannya kepada lembaga pengarah pada Rabu dan mencadangkan Cook dilantik sebagai penggantinya. -AP

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan