Pakatan Rakyat Tidak Boikot Jawatankuasa Pemilih Parlimen - Anwar

Diterbitkan: Rabu, 24 Ogos 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pakatan Rakyat buat masa ini belum mengambil keputusan untuk memboikot Jawatankuasa Pemilih Parlimen yang bertujuan untuk menambahbaik sistem pilihan raya di negara ini.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bagaimanapun menegaskan, pakatan tersebut ingin menekankan secara jelas bahawa adalah menjadi tanggungjawab kerajaan untuk menunjukkan keikhlasannya memperbaiki sistem pilihan raya sedia ada.

Sehubungan dengan itu, katanya, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) perlu mengambil tindakan segera.

"Keduanya, Perdana Menteri perlu memberi jaminan bahawa beliau serius dalam hal ini iaitu mengkehendaki pilihan raya yang adil dan bersih.

"Dan beliau harus memberi jaminan bahawa pilihan raya hanya akan dibuat selepas SPR mengambil tindakan sewajarnya. Sekiranya tidak, masyarakat dan PR berpersepsi bahawa Jawatankuasa Pemilih Parlimen hanyalah pendekatan atau topeng untuk melindungi apa-apa yang tidak sepatutnya dan mahu meneruskan proses lama yang palsu," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat PAS di sini, Rabu.

Pada Rabu lalu Kabinet memutuskan Jawatankuasa Khas Terpilih Parlimen akan dianggotai sembilan ahli Parlimen terdiri daripada lima mewakili kerajaan Barisan Nasional (BN), pembangkang (3) dan Bebas (1).

Ditanya apakah tindakan PR sekiranya PM atau Barisan Nasional enggan menyetujui tuntutan PR tersebut, Anwar berkata, PR akan membuat kajian semula dan memberikan peluang kepada mereka untuk meneroka segala jalan yang ada.

Katanya, PR bersedia untuk mendengar dan bekerjasama dengan mereka.

"Bagaimanapun, mereka juga perlu membuktikan dan menunjukkan keikhlasan mereka. Tiada apa-apa yang menghalang mereka untuk mengemukakan tindakan positif.

Untuk BN membuktikan ia benar-benar serius, Anwar menegaskan, BN tidak sewajarnya hanya mewujudkan jawatankuasa tersebut untuk menggambarkan bahawa apa yang dilakukan hanya untuk memuaskan hati komuniti antarabangsa atau mewujudkan satu lagi jawatankuasa sedemikian.

Dalam perkembangan sama, Anwar berkata, PR akan bermesyuarat pada bulan depan untuk menentukan tindakan susulan tentang isu tersebut.

"Ini kerana tiada apa-apa yang dilakukan sejak Bersih 2.0," katanya.

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan