Kaunter Perkeso Ditutup Pada 27 Ogos, 3 September

Diterbitkan: Rabu, 24 Ogos 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) akan menutup kaunter perkhidmatannya pada Sabtu ini dan 3 September depan.

Kaunter akan dibuka semula mulai Sabtu berikutnya (10 Sept), demikian menurut kenyataan Perkeso, di sini Rabu.

Kata kenyataan itu buat masa ini kaunter perkhidmatan hari Sabtu dibuka di lapan Pejabat Perkeso iaitu di ibu pejabat di Jalan Ampang serta di Kuala Lumpur, Petaling Jaya, Ipoh, Seremban, Johor Baharu dan Klang.

Menurut kenyataan itu juga memandangkan Hari Bertemu Pelanggan Perkeso pada Khamis pertama bulan September jatuh pada hari cuti umum iaitu 1 Sept, maka ia akan diadakan pada hari Khamis kedua iaitu pada 8 Sept.

Katanya Hari Bertemu Pelanggan yang diadakan di semua pejabat Perkeso pada hari Khamis pertama setiap bulan bertujuan memberi peluang kepada pelanggan Perkeso seperti majikan, pekerja dan orang awam untuk berjumpa terus dengan pengurusan atasan bagi menguruskan sebarang permasalahan.

Maklumat lanjut boleh diperoleh melalui talian hotline Perkeso 03-4257 5755 atau laman sesawang www.perkeso.gov.my. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan