Zuraida Tak Gentar Saman KDN

Diterbitkan: Selasa, 23 Ogos 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR), Zuraida Kamaruddin sedia berhadapan dengan tindakan undang-undang oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) ekoran dakwaannya berhubung Program Penyelesaian Menyeluruh Pekerja/Pendatang Asing Tanpa Izin (Program 6P).

Sambil mempertahankan dakwaannya sebelum ini, Ahli Parlimen Ampang itu berkata PKR tidak pernah membuat sebarang dakwaan tanpa bukti dan asas yang kukuh.

"Saya tidak takut sekiranya mereka mahu menyaman ataupun mengambil apa-apa tindakan undang-undang terhadap... kami sentiasa bersedia.

"PKR sentiasa bertanggungjawab terhadap tindakan kami. Insya-Allah kami sedang mengumpulkan maklumat lanjut dan menunggu masa yang sesuai untuk dedahkan bukti-bukti tersebut," katanya di sini, Selasa.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Ketua Setiausaha KDN, Tan Sri Mahmood Adam bahawa kementerian itu sedang menimbang bentuk tindakan terhadao Zuraida kerana sehingga kini masih tiada laporan polis dibuat bagi mengemukakan bukti berkaitan dakwaan wujudnya "skrip bersumpah" yang perlu dibaca pendatang asing tanpa izin (PATI) ketika berdaftar pada Program 6P.

Beliau berkata tindakan yang dipertimbangkan itu adalah sama ada membuat laporan polis terhadap Zuraida, melaporkannya kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) atau mengemukakan saman terhadap beliau.

Bagaimanapun menurut Zuraida, institusi kerajaan tidak boleh mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana individu yang mengkritik tindakan kerajaan.

"Tan Sri Mahmood sepatutnya tahu undang-undang. Dalam Perlembagaan jelas sekali menyebut bahawa mereka tidak boleh menyaman mana-mana individu.

"Jadi jelas juga bahawa mereka tidak boleh menyaman saya," katanya sambil menyatakan beliau turut mendapatkan nasihat peguam berhubung perkara berkenaan.

Selain itu menurut beliau, pihaknya akan memfailkan satu laporan polis terhadap KDN dalam masa terdekat berhubung isu Program 6P.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan